Dalam Qias Illah perlu zahir dan mundhabit (tetap)

0

Posted on : 5:57 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Friday, September 3, 2010
Dalam Qias Illah perlu zahir dan mundhabit (tetap)


Terkadang dikalangan pelopor pengajian Islam terutamanya bidang Syariah, ramai antara yang terkeliru apabila cuba menggunakan kaedah Qias sebagai sumber hukum. Qias merupakan salah satu hujah Syar'ie yang penting dalam mengenal hukum-hakam yang tidak tiada didalam nas atau ijma'.

Secara ringkasnya, kekeliruan yang terjadi berpunca dari rukun Qias dan syarat illah yang merupakan salah satu rukun dalam Qias. Perkara asal, hukum asal, perkara cabang, hukum cabang, dan illah merupakan rukun-rukun Qias dan setiap rukun tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu yang perlu dikenalpasti agar qias menjadi kenyataan. Ramai yang terkeliru diantara illah dan hikmah. Mereka menganggap illah dan hikmah itu serupa maka tanggapan ini akan menjadikan qias yang mereka cuba lakukan tersasar. Sebagai contoh apabila fatwa yang dikeluarkan di sebuah negara Islam tentang hukum 'harus berbuka puasa' bagi pemain bola yang terlibat dengan kejohanan bola sepak di negara tersebut. Hukum ini dikeluarkan dengan menggunakan kaedah qias :

1) Perkara asal : musafir
2) Perkara cabang : Pemain bola negara
3) Illah : Kesusahan dan kepenatan
4) Hukum : Harus berbuka puasa di bulan Ramadhan

Maka dengan menggunakan qias ini hukum bagi wakil pemain bola dalam kejohanan dinegara tersebut di haruskan berbuka puasa. Namun sudah pasti qias yang dilakukan adalah SALAH dan tidak menepati syarat2 yang ditetapkan. Ia berpunca dari kefahaman sebenar makna 'illah' yang sememangnya mempunyai beza berbanding 'hikmah'. Kalau dilihat pada illah yang digunakan diatas, ''kesusahan dan kepenatan'' tersebut sebenarnya adalah hikmah hukum dan bukannya illah. Hikmah daripada hukum 'harus berbuka' bagi musafir adalah meringankan kesusahan dan kepenatan serta kesulitan yang selalunya dihadapi oleh si musafir, namun 'illah' hukum adalah 'safar' ataupun perjalanan jauh yang melibihi jarak tertentu dan bukannya kesusahan. Jadi sekiranya sesiapapun yang memalui perjalanan jauh pada jarak tertentu (jarak musafir) maka illah 'safar' tadi ada dan mereka diharuskan berbuka puasa tak kira samada mereka mengalami kesusahan dalam perjalanannya ataupun tidak.

Illah adalah sebuah sifat yang mundhabit (tetap) yang dengannya dapat dikenal pasti hukum. Banyak syarat illah yang perlu dipatuhi namun diantaranya adalah :
1) Jelas
2) Mundhabit (tetap dan tidak berubah-ubah)

Jadi kalau dilihat Qias yang dilakukan diatas, 'kesusahan dan kepenatan' adalah bukan perkara yang jelas yang boleh diteliti dengan jelas, malah ianya juga merupakan perkara yang tidak mundhabit kerana kesusahan dan kepenatan berubah-ubah mengikut jenis manusia, keadaan dan masa. Contohnya orang yang bebadan sasa akan lebih kuat dan tidak susah untuk bermusafir adapun orang yang kurus dan lemah akan merasa kepayahan yang lebih banyak. Jadi kesusahan dan kepenatan tidak memenuhi syarat untuk menjadi suatu illah hukum agar boleh digunakan untuk qias. Maka apabila illah tiada maka qias batal dan hukum 'harus' yang difatwakan dikira tiada kerana kaedah fiqh menyebut ''hukum itu mengikut illah kewujudannya dan ketiadaannya''. Maka kita kembali kepada hukum asal iaitu pemain bola negara tadi wajib berpuasa dibulan ramadhan.

Contoh Qias yang diterima pula. Qias Nabiz dengan arak, maka kedua-duanya mempunyai illah jelas dan tetap iaitu 'unsur mabuk'. maka nabiz dikira haram kerana illah mencukupi syarat.

Ada juga yang mengkiaskan haram bagi lelaki memakai Platinum kerana ianya dikiaskan kepada hukum memakai emas dengan menggunakan illah iaitu 'menyakiti hati orang-orang miskin'. Namun kias ini batal kerana seperti yang dikatakan tadi kaum lelaki haram memakai emas kemungkinan hikmahnya untuk mengelakkan dari menyakiti dan menyedihkan orang-orang miskin tetapi itu bukanlah illah sebaliknya itu adalah salah satu hikmah dari hukum tersebut. Maka illah tiada jadi hukum tiada. Maka kita kembali kepada hukum asal iaitu harus bagi lelaki memakai cincin platinum.

Qias yang diterima sepatutnya : Haram bagi lelaki memakai emas putih kerana dikiaskan dengan haram memakai emas kuning bagi lelaki. Disini 'illah' yang digunakan adalah 'unsur emas' yang wujud pada kedua-dua perkara asal dan cabang yang dikiaskan. Maka illah unsur emas yang di gunakan merupakan illah yang jelas dan tetap serta tidak berubah. Maka kias diterima , haram bagi lelaki memakai emas putih sepertimana diharamkan memakai emas kuning.

Wallahua'llam

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment