PENTAKLIFAN BARU PEMEGANG AMANAH MAHASISWA/WI KUIN

0

Posted on : 8:44 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Assalamualaikum buat sahabat2 mahasiswa/wi Insaniah...
salam perkenalan,salam ukhwah,dan salam perjuangan pendidikan..maafkan diri ini mewakili barisan Ahli Majlis Mesyuarat BAKA sesi 10/11 sekiranya keterlambatan pihak kami update blog ini..
Pertama dan selamanya kita rafatkan kesyukuran kehadrat Illahi, selawat dan salam atas junjungan Baginda Nabi (s.a.w) ats nikmat hidup dan iman untuk trus didalam khazanah pinjamanNya..alhamdulillah setelah selesai angkat sumpah kami sebagai Majlis Perwakilan mahasiswa/wi kuin pada 10/10/2010..maka bermulalah tug
asan kami dan amanah kami sebagai wakil mahasiswa Insaniah.tarikh keramat buat kami.Untuk permulaan ni..ana kenalkan barisan exco BIRO AKADEMIK&PENYELIDIKAN (BAKA) sesi 10/11..



pengerusi : Ustaz Akmal b Arom. timbalan pengerusi 1: Syamimi bt Samsuddin.timbalan pengerusi 2: Amirah bt Saad..mohon dari semua mahasiswa/wi Insaniah sama-sama membantu dan memberi kerjasama dan komitmen dari segenap segi dalam melahirkan mahasiswa yang cintakan ilmu dan mengimarahkan suasana(bi'ah) mahasiswa cintakan ilmu...insyaAllah..untuk akan datang ana akan memperkenalkan kami dengan lebih dekat lagi..ana akhiri kalam assalamualaikum..

SAYONARA BAKA

0

Posted on : 3:14 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN




Assalamualaikum wbt...
Setahun sudah Biro Akademik bergerak. Tiba masa ianya berpisah untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru. InsyaAllah, semoga BAKA kali ini sesi 2010/2011 akan membuat satu perubahan yang lebih baik seterusnya menyambung perjuangan yang telah ditinggalkan. Harapan bukan tinggal harapan..
TAHNIAH & TAKZIAH kepada 3 orang keluarga BAKA yang telah terpilih oleh Allah untuk menyambung perjuangan MPM pada kali ini. Ust. Syahrizan Bin Abd. Mutalib,
Ustzh. Syamimi Bt Shamsudin & Ustzh Mariyam Bt Sa'ari. Moge kalian terus tabah & sabar dalam melaksanakan amanah ini.
InsyaAllah, blog ini akan diserahkan kepada Exco BAKA sesi 10/11, yg dipengerusikan oleh
Ust. Akmal Bin Arom, Timb.1, Ustzh Syamimi & Timb.2, Ustzh Amirah.
Teruskan usha ini & jgn b'putus asa. Berikan sesuatu yang terbaik untuk mahasiswa kita.
Usaha dan jasa yang tidak dilupakan kepada keluarga BAKA 09/10....
Hanya Allah yang mampu m'balas jasa kalian, InsyaAllah.
Jazakumullhu khairan jaza'.
Wallahua'lam..


Dari BAKA untuk MAHASISWA

0

Posted on : 7:35 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Alhamdulillah, tamat sudah pentadbiran Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 menandakan berakhir juga pentadbiran BAKA 09/10. Selaku pengerusi BAKA serta wakil Biro Akademik 09/10, ada beberapa perkara yang harus disampaikan agar semuanya menjadi jelas dan perjuangan dapat diteruskan.

Wahai diri dan sahabat mahasiswa..

1) Tingkatkanlah ilmu dengan membaca , berfikir dan berbincang. Ajarkanlah ilmu kepada sesiapa yang tidak mengetahui, tuntutlah daripada sesiapa yang mengetahui.

2) Luaskan pemikiran dalam menuntut ilmu dengan menerima segala jenis hikmah, ilmu dan aliran pemikiran selagi mana ianya dibawah naungan al-Quran dan Sunnah, berusahalah untuk menguasai bahasa arab agar mudah kita untuk memahami ajaran Al-quran dan As-Sunnah.

3) Besederhana dalam setiap tindakan dan pemikiran agar jauh dari ruh ketaksuban serta jumud pemikiran.

4) Akhlak dan iman amat penting seiringan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana ilmu tanpa akhlak dan iman akan melahirkan generasi maaddiyuun yg hanya cantik pada zahirnya dan buruk pada batinnya.

5) Bergiatlah dalam jamaah, namun jauhkan wala' buta dan diskriminasi aliran jamaah lain kerana ianya akan melahirkan sifat sombong, buta hati, jumud, dan permusuhan.

6) Perbanyakkan tadabbur dan ta'ammul ketika belajar dan membaca kerana kebanyakan hikmah itu banyak datang daripada fikiran dan andaian kita tentang apa yang terkandung dalam kitab berbanding dengan ilmu yang sedia ada tertulis didalamnya.

7) Bertaubatkan kita kepada Allah s.w.t dengan mengatakan "Aku memohon ampun dari Allah, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa selain engkau ya Allah" kerana Nabi tersenyum ketika mendengar doa sebegini.

8) Kuatkanlah hati dan perasaan agar tak mudah merajuk dan berputus asa serta futur dalam menuntut ilmu dan beroganisasi.

9) Jgnlah mendriskiminasi ilmu dan kebolehan orang lain, ketahuilah setiap orang punyai kebolehan dan keilmuan tersendiri yang tiada pada kita.

10) Maafkanlah sahabatmu dalam hati , kerana nanti orang lain akan memaafkan mu, lakukanlah kebaikan tanpa perlu ingin dilihat dan lupakanlah kebaikan tersebut kelak ia akan datang 'mengganti' apa yang kurang.

11) Sekiranya kita mampu melakukan kebaikan dan sesuatu yang hikmah dihadapan org ramai alangkah indahnya ia, sekiranya pula kita melakukannya secara tersembunyi dan tidak menunjukkannya maka ianya juga indah. Namun yang pertama lebih indah dan bermanfaat buat orang ramai.

12) Yang terakhir maafkanlah diri ini yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan, sebagai wakil biro juga seribu kemaafan diminta pada hati yang tercalar akibat mulut yang kasar, perasaan yang terguris akibat perbuatan yang menghiris, dendam yang tersimpan akibat jiwa yang melawan, permintaan yang tak ditunai akibat tanggujawab yang terabai, mereka yang membenci akibat ego yang terlalu tinggi, mata yang menangis akibat tamparan yang bengis, maafkan dan terus maafkan , tidakkah kita redha sekiranya nanti Allah juga memaafkan kita pada hari kebangkitan?

Allah Hafiz..

-Afkar-

Salam Aidilfitri dari BAKA~

0

Posted on : 6:18 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN



Selamut menyambut Aidilfitri yang mulia kami ucapkan buat semua warga INSANIAH dan para muslimin. Semoga kita dapat menyambutnya dengan riang gembira tanpa berlakunya apa-apa peristiwa yang tidak diingini. Semoga semuanya selamat pulang kepangkuan keluarga tersayang. EID MUBARAK!

Pilihanraya INSANIAH 2010/2011

0

Posted on : 2:16 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN




Ditulis oleh mohamad fauzi abdul rahim
Isnin, 06 September 2010 06:54

INSANIAH, 6 September 2010 (Isnin): Jawatankuasa Induk Pilihanraya Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) yang dipengerusikan Dekan Kulliyyah Undang-Undang, Profesor Madya Abdul Rahman Mustafa, menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari pemilihan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi penggal 2010/2011.


Setiausahanya yang juga Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Zolkefli Othman (gambar), berkata pembubaran MPM penggal 2009/2010 akan dilakukan pada 20 September manakala penamaan calon bakal diadakan pada 26 September 2010.


“Pertandingan adalah untuk kerusi Umum dan Kulliyyah untuk memilih wakil penuntut INSANIAH bagi penggal 2010/2011.


“Kempen untuk calon memperkenalkan diri dan misi masing-masing diadakan selama seminggu sehingga tengah malam tarikh pengundian,” kata beliau.


Beliau berkata, pegawai pengurus bagi kerusi Umum disandang Pengarah HEP, Encik Zakaria Othman manakala kerusi Kulliyyah membabitkan semua dekan.

Encik Zolkefli, berkata penuntut yang ingin menawarkan diri sebagai calon MPM penggal 2010/2011 boleh mendapatkan borang pendaftaran calon di pejabat HEP dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap Ahad hingga Rabu dan 4.30 petang Khamis.



“Bakal calon dinasihatkan mematuhi etika berkempen. Mereka yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang berkempen secara automatik dikira tidak layak bertanding.



“Manakala penuntut lain diminta menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi nanti bagi memilih calon berwibawa yang akan mewakili mereka untuk tempoh dua tahun,” kata beliau.
LAST_UPDATED2

Kenyataan berkenaan anti-Malaysia di Indonesia

0

Posted on : 5:59 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Biro Akademik Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 sebulat suara menyatakan kekesalan dan kebimbangan dengan Gerakan Anti-Malaysia ataupun 'Sweeping Malaysian' yang dilancarkan oleh sesetengah penduduk di Jakarta Indonesia. Berpegang dengan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dan kemanusiaan kami menggesa semua saudara-saudara mahasiswa dan rakyat awam Indonesia agar tidak terkesan dengan dakyah jahiliyyah perkauman yang di bangkitkan oleh sesetengah golongan yang bertujuan untuk menghidupkan api kebencian dan permusuhan antara dua negara jiran yang serumpun dan seagama mijoritinya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" ungkapan ayat al-Quran ini mengingatkan kita betapa mahalnya persaudaraan Islam dan ianya tidak wajar diruntuhkan dengan hanya 'propaganda-propaganda' murahan yang dimainkan oleh golongan-golongan politik tertentu. Sifat benci dendam dan menghina orang lain seperti 'baling najis', meludah, membakar bendera negara Malaysia dan lain-lain merupakan sikap yang keji dan ditolak oleh Islam mahupun prinsip kemanusiaan sejagat yang melibatkan non-muslim. Islam dan prinsip kemanusiaan mengajar kita agar berlaku adil. Sekiranya sesetengah golongan rakyat Malaysia melakukan kesalahan dan kezaliman terhadap warga Indonesia maka adalah haram dan salah menurut Islam dan prinsip kemanusiaan untuk membalas perbuatan tersebut pada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak bersalah di Indonesia.

Lebih mengecewakan hari ini sebilangan 'mahasiswa' warga indonesia juga melakukan demonstrasi menyokong peperangan terhadap rakyat malaysia. Apakah ini tahap penilaian akal mahasiswa? Adakah adil sekiranya beberapa golongan Indonesia di Jakarta menzalimi beberapa warga Malaysia di sana , rakyat Malaysia pula membalas dan menzalimi warga indonesia yang tidak bersalah di Kuala Lumpur? Akal mana yang dapat menerima keadilan sebegini? Bukan hanya Islam, mana-mana agama pun pasti akan mengharamkannnya kecuali agama Zionis yang terlaknat!

Seraya dengan itu,wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah sebulat suara mengecam tindakan jahil yang dilakukan oleh segelintir kecil rakyat Indonesia di Jakarta dan mengharapkan nilai-nilai keadilan dan ihsan dalam Islam dan prinsip kemanusiaan dapat dipertimbangkan dengan akal yang sejahtera.

Kenyataan Untuk Edaran Segera
Biro Akademik, Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10

Dalam Qias Illah perlu zahir dan mundhabit (tetap)

0

Posted on : 5:57 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Friday, September 3, 2010
Dalam Qias Illah perlu zahir dan mundhabit (tetap)


Terkadang dikalangan pelopor pengajian Islam terutamanya bidang Syariah, ramai antara yang terkeliru apabila cuba menggunakan kaedah Qias sebagai sumber hukum. Qias merupakan salah satu hujah Syar'ie yang penting dalam mengenal hukum-hakam yang tidak tiada didalam nas atau ijma'.

Secara ringkasnya, kekeliruan yang terjadi berpunca dari rukun Qias dan syarat illah yang merupakan salah satu rukun dalam Qias. Perkara asal, hukum asal, perkara cabang, hukum cabang, dan illah merupakan rukun-rukun Qias dan setiap rukun tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu yang perlu dikenalpasti agar qias menjadi kenyataan. Ramai yang terkeliru diantara illah dan hikmah. Mereka menganggap illah dan hikmah itu serupa maka tanggapan ini akan menjadikan qias yang mereka cuba lakukan tersasar. Sebagai contoh apabila fatwa yang dikeluarkan di sebuah negara Islam tentang hukum 'harus berbuka puasa' bagi pemain bola yang terlibat dengan kejohanan bola sepak di negara tersebut. Hukum ini dikeluarkan dengan menggunakan kaedah qias :

1) Perkara asal : musafir
2) Perkara cabang : Pemain bola negara
3) Illah : Kesusahan dan kepenatan
4) Hukum : Harus berbuka puasa di bulan Ramadhan

Maka dengan menggunakan qias ini hukum bagi wakil pemain bola dalam kejohanan dinegara tersebut di haruskan berbuka puasa. Namun sudah pasti qias yang dilakukan adalah SALAH dan tidak menepati syarat2 yang ditetapkan. Ia berpunca dari kefahaman sebenar makna 'illah' yang sememangnya mempunyai beza berbanding 'hikmah'. Kalau dilihat pada illah yang digunakan diatas, ''kesusahan dan kepenatan'' tersebut sebenarnya adalah hikmah hukum dan bukannya illah. Hikmah daripada hukum 'harus berbuka' bagi musafir adalah meringankan kesusahan dan kepenatan serta kesulitan yang selalunya dihadapi oleh si musafir, namun 'illah' hukum adalah 'safar' ataupun perjalanan jauh yang melibihi jarak tertentu dan bukannya kesusahan. Jadi sekiranya sesiapapun yang memalui perjalanan jauh pada jarak tertentu (jarak musafir) maka illah 'safar' tadi ada dan mereka diharuskan berbuka puasa tak kira samada mereka mengalami kesusahan dalam perjalanannya ataupun tidak.

Illah adalah sebuah sifat yang mundhabit (tetap) yang dengannya dapat dikenal pasti hukum. Banyak syarat illah yang perlu dipatuhi namun diantaranya adalah :
1) Jelas
2) Mundhabit (tetap dan tidak berubah-ubah)

Jadi kalau dilihat Qias yang dilakukan diatas, 'kesusahan dan kepenatan' adalah bukan perkara yang jelas yang boleh diteliti dengan jelas, malah ianya juga merupakan perkara yang tidak mundhabit kerana kesusahan dan kepenatan berubah-ubah mengikut jenis manusia, keadaan dan masa. Contohnya orang yang bebadan sasa akan lebih kuat dan tidak susah untuk bermusafir adapun orang yang kurus dan lemah akan merasa kepayahan yang lebih banyak. Jadi kesusahan dan kepenatan tidak memenuhi syarat untuk menjadi suatu illah hukum agar boleh digunakan untuk qias. Maka apabila illah tiada maka qias batal dan hukum 'harus' yang difatwakan dikira tiada kerana kaedah fiqh menyebut ''hukum itu mengikut illah kewujudannya dan ketiadaannya''. Maka kita kembali kepada hukum asal iaitu pemain bola negara tadi wajib berpuasa dibulan ramadhan.

Contoh Qias yang diterima pula. Qias Nabiz dengan arak, maka kedua-duanya mempunyai illah jelas dan tetap iaitu 'unsur mabuk'. maka nabiz dikira haram kerana illah mencukupi syarat.

Ada juga yang mengkiaskan haram bagi lelaki memakai Platinum kerana ianya dikiaskan kepada hukum memakai emas dengan menggunakan illah iaitu 'menyakiti hati orang-orang miskin'. Namun kias ini batal kerana seperti yang dikatakan tadi kaum lelaki haram memakai emas kemungkinan hikmahnya untuk mengelakkan dari menyakiti dan menyedihkan orang-orang miskin tetapi itu bukanlah illah sebaliknya itu adalah salah satu hikmah dari hukum tersebut. Maka illah tiada jadi hukum tiada. Maka kita kembali kepada hukum asal iaitu harus bagi lelaki memakai cincin platinum.

Qias yang diterima sepatutnya : Haram bagi lelaki memakai emas putih kerana dikiaskan dengan haram memakai emas kuning bagi lelaki. Disini 'illah' yang digunakan adalah 'unsur emas' yang wujud pada kedua-dua perkara asal dan cabang yang dikiaskan. Maka illah unsur emas yang di gunakan merupakan illah yang jelas dan tetap serta tidak berubah. Maka kias diterima , haram bagi lelaki memakai emas putih sepertimana diharamkan memakai emas kuning.

Wallahua'llam