Pilihanraya INSANIAH 2010/2011

0

Posted on : 2:16 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN




Ditulis oleh mohamad fauzi abdul rahim
Isnin, 06 September 2010 06:54

INSANIAH, 6 September 2010 (Isnin): Jawatankuasa Induk Pilihanraya Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) yang dipengerusikan Dekan Kulliyyah Undang-Undang, Profesor Madya Abdul Rahman Mustafa, menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari pemilihan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi penggal 2010/2011.


Setiausahanya yang juga Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Zolkefli Othman (gambar), berkata pembubaran MPM penggal 2009/2010 akan dilakukan pada 20 September manakala penamaan calon bakal diadakan pada 26 September 2010.


“Pertandingan adalah untuk kerusi Umum dan Kulliyyah untuk memilih wakil penuntut INSANIAH bagi penggal 2010/2011.


“Kempen untuk calon memperkenalkan diri dan misi masing-masing diadakan selama seminggu sehingga tengah malam tarikh pengundian,” kata beliau.


Beliau berkata, pegawai pengurus bagi kerusi Umum disandang Pengarah HEP, Encik Zakaria Othman manakala kerusi Kulliyyah membabitkan semua dekan.

Encik Zolkefli, berkata penuntut yang ingin menawarkan diri sebagai calon MPM penggal 2010/2011 boleh mendapatkan borang pendaftaran calon di pejabat HEP dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap Ahad hingga Rabu dan 4.30 petang Khamis.



“Bakal calon dinasihatkan mematuhi etika berkempen. Mereka yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang berkempen secara automatik dikira tidak layak bertanding.



“Manakala penuntut lain diminta menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi nanti bagi memilih calon berwibawa yang akan mewakili mereka untuk tempoh dua tahun,” kata beliau.
LAST_UPDATED2

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment