Kenyataan berkenaan anti-Malaysia di Indonesia

0

Posted on : 5:59 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Biro Akademik Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 sebulat suara menyatakan kekesalan dan kebimbangan dengan Gerakan Anti-Malaysia ataupun 'Sweeping Malaysian' yang dilancarkan oleh sesetengah penduduk di Jakarta Indonesia. Berpegang dengan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dan kemanusiaan kami menggesa semua saudara-saudara mahasiswa dan rakyat awam Indonesia agar tidak terkesan dengan dakyah jahiliyyah perkauman yang di bangkitkan oleh sesetengah golongan yang bertujuan untuk menghidupkan api kebencian dan permusuhan antara dua negara jiran yang serumpun dan seagama mijoritinya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" ungkapan ayat al-Quran ini mengingatkan kita betapa mahalnya persaudaraan Islam dan ianya tidak wajar diruntuhkan dengan hanya 'propaganda-propaganda' murahan yang dimainkan oleh golongan-golongan politik tertentu. Sifat benci dendam dan menghina orang lain seperti 'baling najis', meludah, membakar bendera negara Malaysia dan lain-lain merupakan sikap yang keji dan ditolak oleh Islam mahupun prinsip kemanusiaan sejagat yang melibatkan non-muslim. Islam dan prinsip kemanusiaan mengajar kita agar berlaku adil. Sekiranya sesetengah golongan rakyat Malaysia melakukan kesalahan dan kezaliman terhadap warga Indonesia maka adalah haram dan salah menurut Islam dan prinsip kemanusiaan untuk membalas perbuatan tersebut pada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak bersalah di Indonesia.

Lebih mengecewakan hari ini sebilangan 'mahasiswa' warga indonesia juga melakukan demonstrasi menyokong peperangan terhadap rakyat malaysia. Apakah ini tahap penilaian akal mahasiswa? Adakah adil sekiranya beberapa golongan Indonesia di Jakarta menzalimi beberapa warga Malaysia di sana , rakyat Malaysia pula membalas dan menzalimi warga indonesia yang tidak bersalah di Kuala Lumpur? Akal mana yang dapat menerima keadilan sebegini? Bukan hanya Islam, mana-mana agama pun pasti akan mengharamkannnya kecuali agama Zionis yang terlaknat!

Seraya dengan itu,wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah sebulat suara mengecam tindakan jahil yang dilakukan oleh segelintir kecil rakyat Indonesia di Jakarta dan mengharapkan nilai-nilai keadilan dan ihsan dalam Islam dan prinsip kemanusiaan dapat dipertimbangkan dengan akal yang sejahtera.

Kenyataan Untuk Edaran Segera
Biro Akademik, Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment