Dari BAKA untuk MAHASISWA

0

Posted on : 7:35 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Alhamdulillah, tamat sudah pentadbiran Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 menandakan berakhir juga pentadbiran BAKA 09/10. Selaku pengerusi BAKA serta wakil Biro Akademik 09/10, ada beberapa perkara yang harus disampaikan agar semuanya menjadi jelas dan perjuangan dapat diteruskan.

Wahai diri dan sahabat mahasiswa..

1) Tingkatkanlah ilmu dengan membaca , berfikir dan berbincang. Ajarkanlah ilmu kepada sesiapa yang tidak mengetahui, tuntutlah daripada sesiapa yang mengetahui.

2) Luaskan pemikiran dalam menuntut ilmu dengan menerima segala jenis hikmah, ilmu dan aliran pemikiran selagi mana ianya dibawah naungan al-Quran dan Sunnah, berusahalah untuk menguasai bahasa arab agar mudah kita untuk memahami ajaran Al-quran dan As-Sunnah.

3) Besederhana dalam setiap tindakan dan pemikiran agar jauh dari ruh ketaksuban serta jumud pemikiran.

4) Akhlak dan iman amat penting seiringan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana ilmu tanpa akhlak dan iman akan melahirkan generasi maaddiyuun yg hanya cantik pada zahirnya dan buruk pada batinnya.

5) Bergiatlah dalam jamaah, namun jauhkan wala' buta dan diskriminasi aliran jamaah lain kerana ianya akan melahirkan sifat sombong, buta hati, jumud, dan permusuhan.

6) Perbanyakkan tadabbur dan ta'ammul ketika belajar dan membaca kerana kebanyakan hikmah itu banyak datang daripada fikiran dan andaian kita tentang apa yang terkandung dalam kitab berbanding dengan ilmu yang sedia ada tertulis didalamnya.

7) Bertaubatkan kita kepada Allah s.w.t dengan mengatakan "Aku memohon ampun dari Allah, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa selain engkau ya Allah" kerana Nabi tersenyum ketika mendengar doa sebegini.

8) Kuatkanlah hati dan perasaan agar tak mudah merajuk dan berputus asa serta futur dalam menuntut ilmu dan beroganisasi.

9) Jgnlah mendriskiminasi ilmu dan kebolehan orang lain, ketahuilah setiap orang punyai kebolehan dan keilmuan tersendiri yang tiada pada kita.

10) Maafkanlah sahabatmu dalam hati , kerana nanti orang lain akan memaafkan mu, lakukanlah kebaikan tanpa perlu ingin dilihat dan lupakanlah kebaikan tersebut kelak ia akan datang 'mengganti' apa yang kurang.

11) Sekiranya kita mampu melakukan kebaikan dan sesuatu yang hikmah dihadapan org ramai alangkah indahnya ia, sekiranya pula kita melakukannya secara tersembunyi dan tidak menunjukkannya maka ianya juga indah. Namun yang pertama lebih indah dan bermanfaat buat orang ramai.

12) Yang terakhir maafkanlah diri ini yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan, sebagai wakil biro juga seribu kemaafan diminta pada hati yang tercalar akibat mulut yang kasar, perasaan yang terguris akibat perbuatan yang menghiris, dendam yang tersimpan akibat jiwa yang melawan, permintaan yang tak ditunai akibat tanggujawab yang terabai, mereka yang membenci akibat ego yang terlalu tinggi, mata yang menangis akibat tamparan yang bengis, maafkan dan terus maafkan , tidakkah kita redha sekiranya nanti Allah juga memaafkan kita pada hari kebangkitan?

Allah Hafiz..

-Afkar-

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment