Ekonomi dari perspektif Afkar : Bahagian 1 : Islam, Sosialis dan Kapitalis

0

Posted on : 12:04 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Thursday, July 1, 2010

Ekonomi dari perspektif Afkar : Bahagian 1 : Islam, Sosialis dan Kapitalis


Bicara tentang Islam , Kapitalis dan sosialis dari perspektif ekonomi global sememangnya sebuah perbincangan panjang yang tak kunjung tiba penamatnya. Namun, penulisan kali ini sedikit sebanyak menyentuh tentang keharmonian dan ke unikan sistem ekonomi Islam yang membuka litupan pemikiran pakar ekonomi yang selama ini hanya memandang ke arah faktor pengeluaran modal dan keuntungan.

Sehebat mana sekalipun sistem kapitalis dan sosialis moden namun pasti takkan menggapai kehebatan sistem ekonomi Islam yang berasaskan tauhid dan kepercayaan terhadap hari akhirat.

Saya lebih suka mengambil bicara akar dan garis mula bagi perdebatan hangat Islam , Kapitalis dan Sosialis. Boleh kita katakan , prinsip kapitalis takkan lekang daripada unsur kompetitif, modal, pasaran bebas dan keuntungan maksima. Dengan prinsip 'matlamat menghalalkan cara' yang dipegang oleh golongan pendokong kapitalis maka riba dijadikan tunjang utama buat menjana sistem ekonomi tersebut. Riba merupakan tulang belakang sistem tersebut, namun pastilah kalau ditelek semula jenis riba yang diguna pakai, ianya sudah begitu jauh berbeza dengan riba yang diterapkan 1400 tahun yang lepas. Kalau mungkin, 1400 tahun yang lepas para cendikiawan Islam membahagikan riba kepada 3-4 jenis maka mungkin hari ini kita boleh mengklasifikasikan riba kapitalis dan sosialis kepada puluhan jenis.

Namun, sudah terlalu banyak karangan dalam tentang riba, jadi saya tidaklah berniat untuk menyentuh persoalan tersebut, kerna kalau ingin berbincang tentang riba sebuah buku yang mempunyai 200 muka surat pun belum tentu lagi dapat menerangkan segalanya tentang riba. Apa yang perlu ditekankan pada bahagian ini adalah keunikan sistem ekonomi Islam.

Asas sumber ekonomi kita 'wafrah'

Falsafah asas ini, sememangnya berlawanan dengan falsafah asas golongan kapitalis dan sosialis yang memegang pada asas sumber ekonomi adalah 'qillah'. Wafrah bermakna 'banyak' dalam erti kata lain, sumber alam dan segala bahan untuk keluaran faktor ekonomi sememangnya cukup buat manusia mentadbir alam dengan adil dan saksama kerna ianya telah dicipta oleh Allah dan ditentukan kadarnya. Golongan Kapitalis yang sedang menguasai dunia berpegang kepada 'qillah' iaitu sumber ekonomi dunia ini sedikit dan tidak mencukupi, oleh itu 'persaingan' sengit berasaskan keuntungan menjadi wasilah mereka dalam menguasai segala faktor pengeluaran kerna takut, ketidakcukupan sumber-sumber ekonomi yang dibimbanginya habis. Dari asas sonsang itu, lahirlah sifat ananiyah 'mementingkan diri' , mengumpul harta, tamak, bunuh membunuh kerna harta, riba', rasuah, judi dan lain-lain. Kerna bila org terdesak memikirkan makanan sumber kehidupannya akan habis, dia sanggup melakukan apa jua cara untuk mengumpul sebanyak mana bekalan tanpa memikirkan apa jua perlakuannya.

Manakala di sebelah pihak yang lain, falsafah lurus dan tegar yang dibawa oleh cahaya Islam jelas menunjukkan bahawa asas sumber ekonomi 'wafrah' ataupun cukup. Jadi, umat Islam, dianjurkan untuk bersederhana dalam mengumpul harta, mengagihkan harta dengan cukp adil dan saksama, tidak berebut dan bermusuh dalam mendapatkan keuntungan, meninggalkan segala cara yang memudaratkan diri, masyarakat dan negara. Kerna apa? kerna tak perlu dibimbangi falsafah kita mengatakan sumber yang telah tercipta itu 'cukup' dan adil buat manusia untuk diagihkan dengan saksama.

Mungkin sukar untuk, sebahagian pembaca untuk memahami sedikit sebanyak penulisan ini, kerna penulisan kali ini tidak lagi bicara soal dahan ataupun ranting, tetapi asas utama. Sekiranya ingin bercerita tentang kepincangan sistem kapitalis, sosialis dan lain-lain. Memang benar, riba dan transaksi haram menjadi punca utama kepicangan mereka. Namun ada faktor yang berada di tahap lebih tinggi iaitu kepercayaan dan falsafah.

Jadi, Islam meletakkan iman dan tauhid sebagai asas paling tertinggi dalam prinsip ekonomi, kerna apabila manusia mempercayai faktor pengeluar utama adalah Allah s.w.t, jadi mereka akan sedar bahawa segala kegiatan mereka terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Faktor pengeluaran dalam Islam berlainan dengan Kapitalis dan sosialis.

1) Allah
2)Tanah/sumber
3)Modal
4)pengusaha

adapun Kapitalis dan pendokongnya

1)Tanah/sumber
2)Modal
3)Pemgusaha

Jelas mereka menghilangkan faktor paling penting yang akan mengawal agihan harta secara adil dan menghindarkan manusia daripada terjatuh dalam kegiatan ekonomi yang membinasakan iaitu Allah s.w.t.

Namun faktor ketuhanan merupakan faktor halus yang kadang-kala tidak dapat dilihat oleh mereka yang buta hati dan sanubari . Mafhum Kata-kata Syeikh Imran Hosein :

"Faith is like a nuur (light), when the light enter your heart, your heart can see what the eyes cannot see"

Kerna itulah, pakar falsafah barat mula merasa kagum dengan sistem ekonomi Islam yang menganjurkan agihan harta seimbang , dari yang kaya kepada yang miskin, sistem zakat, faraid, sedekah, wakaf dan dalam perbankkan pula, riba, gharar dan penindasan serta untung atas angin diharamkan dengan kaedah 'al-kaharaj bidh-dhaman'. Kerna persoalan pokok adalah muslimin hanyalah khalifah pmegang harta dan bukan pemiliknya. Allah adalah pemilik utama, jadi sebarang transaksi menggunakan apa-apa sumber ekonomi adalah terikat dengan syarat pemberi pinjam iaitu Allah s.w.t.

Bagi yang memahami bahawa manusia pemilik bebas maka, mereka gagal melihat bahawa jiwa manusia sentiasa dipenuhi kehendak yang takkan ada garsisan penamat, tak lari dari dosa, mementingkan diri, kikir dan sebagainya. Jadi bagaimana kalau mereka itu merupakan pemilik mutlak segala sumber alam ini? pasti akan ramai tertindas mengikut kemahuan manusia. Jadi rasanya semakin jelas bahawa falsafah asas bahawa sumber alam adalah 'wafrah' dalam erti kata ianya telah diciptakan oleh Allah s.w.t dan telah ditentukan qadarnya mencukupi buat kehidupan manusia.

Falsafah kapitalis dan sosialis pula berpegang kepada 'qillah' ataupun sedikit dan tidak mencukupi. Bermakna sistem mereka mengatakan bahawa sumber alam untuk kehidupan ini diciptakan dalam keadaan tidak cukup maka perlu ada persaingan sengit antara manusia untuk mendapatkan sumber tersebut demi menjana kehidupan. Sekali lagi atas falsafah yang tidak dipacu oleh wahyu ini menyebabkan sistem tersebut melahirkan generasi yang tamak, mementingkan diri dan menghalalkan segala cara riba, judi, jualan perkara2 haram dan sebagainya bagi mengumpul sumber kehidupan mereka sebanyak mana yang mampu. Akibatnya, terjadilah kacau bilau dan keruntuhan ekonomi negara-negara yang diduduki oleh insan-insan yang mempercayai sistem ini seperti yang berlaku di negara-negara barat ketika ini. Walaupun, kelihatan pertumbuhan ekonomi disebahagian negara-negara benua eropah dan amerika positif, namun ianya pasti dan pasti takkan kekal bertahan selamanya.

'Katakan yang benar itu telah datang dan yang batil itu telah punah, sesungguhnya kebatilan itu sememangnya punah'

Negara-negara umat Islam juga boleh muflis. Walaupun kejayaan praktis ekonomi Islam sememangnya berdiri atas hujah yang konkrit namun tak semestinya negara-negara yang didiami oleh umat Islam akan terjamin kukuh. Kerna, kalau dilihat secara praktikal masih belum ada negara umat Islam yang benar-benar layak digelar negara Islam. Sekiranya sistem ekonomi Islam dan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh disesebuah daulah maka barulah boleh kita saksikan kejayaan tersebut. Sekadar manusia-manusia yang bergelar muslim tidak cukup, tetapi umat Islam perlulah tunduk dan patuh terhadap sistem yang telah dibekalkan didalam al-quran dan sunnah.

Oleh itu, mari sama-sama mula melangkah dan merubah cara dan gaya serta sistem kehidupan yang kita jalani ke arah memartabatkan ekonomi dan sistem keewangan Islam, mungkin sememangnya kita masih jauh daripada kesempurnaan tetapi suka saya ingatkan :

'Indeed there is no perfection, but there is no harm to struggle and strive for the perfection'

-Afkar87-

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment