Jawapan bagi komen tentang artikel 'isu kelas intensif'..

0

Posted on : 10:31 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Dari blog afkar87.blogspot.com

Terima kasih buat info-info yang telah diberikan oleh penulis komen dibawah tajuk artikel 'kursus intensif' ini. Walaupun saya tidak pasti samada komen ini datang dari pihak pelajar atau tenaga pengajar mahupun wakil pihak pentadbiran, namun masih ada sangsi terhadap beberapa perkara yang dinyatakan.

Yang pertama kenyataan anda

:'' maka para pelajar br d beri pilihan..samada utk mengambil kursus ini atau tidak..bayaran sbyk 500 d knakan utk plajar yg mngikuti kursus ini...mrangkumi 5 jam sehari slama lbih kurg 3 mgu...klu d ikutkan..byran yg d knakan institusi or syarikat lain yg menawarkan kursus bhsa ..tidak kira la bhsa inggeris..jerman..arab dan sbgainya...adalah lebih mahal brbanding ank syarikat kuin..d ingtkan skali lg..kursus intensif ini d kndalikan oleh anak syarikat bkn kuin dan kursus ini tidak d wajibkan..maka..prlulah ada byrannya..''

Jadi persoalan saya wakil dari para pelajar, adakah semua pelajar INSANIAH benar2 diberi pilihan secara bebas untuk menyertai kursus ini?

Sedangkan ketika MSR , wakil dari pentadbiran pada mulanya menyatakan bahawa kursus ini 'optional' namun selang beberapa program, sekali lagi wakil tersebut datang dan membuat kenyataan seolah-olah kursus ini WAJIB dengan mengatakan bahawa mana-mana pelajar yang tidak mahu menyertai kursus intensif ini perlu menulis surat dan memberi alasan kukuh untuk lepas!.

Jadi, mungkin ini jelas kekeliruan yang nyata. Apabila kamu memberi pilihan pada seseorang, kemudiannya kamu membuat kenyataan seperti itu maka adakah itu dikatakan pilihan lagi?

Yang kedua, saya dan rakan saya sendiri telah naik ke pusat bahasa dan pusat bahasa menyatakan bahawa pihak pentadbiran mahukan 90% daripada pelajar menyertai kelas tersebut. Jadi tidakkah ianya bersifat 'compulsory' dan bukan lagi optional?

Seterusnya, tentang kenyataan anda bahawa kursus ditempat lain lebih mahal berbanding dengan INSANIAH, memang benar! saya tidak nafikan, malah saya juga menyokong kursus bahasa diadakan. Tetapi masalahnya PEMBERITAHUAN AWAL YANG JELAS TENTANG BAYARAN DAN INFO-INFO berkaitan dengannya perlulah dibuat secara rasmi dalam surat tawaran ataupun borang pendaftaran dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang ketidaktentuan. Kalau pihak pentadbiran tidak berbuat demikian, maka pelajar yang tidak faham akan melihat seolah-olah, pihak berkenaan sengaja mahu membiarkan ramai pelajar mendaftar di INSANIAH terlebih dahulu, kemudian apabila mereka telah mendaftar maka barulah pemberitahuan yang jelas beserta jumlah bayaran yang lengkap diberitahu dan ketika itu mereka tiada pilihan lain kerana telahpun memilih INSANIAH.

Jadi, kita dapat lihat masalahnya bukan pada bayaran. Tetapi cara mendapatkan bayaran tersebut. Saya tetap memandang ia perlu jelas. Perlu ada pemberitahuan awal dalam borang atau tawaran ke INSANIAH '' KEWAJIPAN KELAS INTENSIF UNTUK MENGIKUTI PROG IJAZAH DAN LAIN-LAIN BESERTA BAYARAN RM XX '' . Ketika itu tak kira samada Insaniah mahupun anak syarikat INSANIAH yang akan mengambil bayaran itu, maka ianya boleh dikatakan jelas dan adil kerana pelajar boleh memilih samada ingin mendaftar pengajian di INSANIAH ataupun tidak. Kerana permasalahannya bukan Insaniah ataupun anak syarikat Insaniah yang mengendalikannya, tapi permasalahannya adalah cara kontrak bayaran itu dikendalikan. Pastilah tak ramai pelajar yang terlalu kisah samada Insaniah yang dapat untung atau anak syarikatnya. Yang penting semuanya jelas tanpa gharar.

Dalam kaedah fiqh 'Illah (sebab) hukum itu sentiasa bersama hukum dalam kewujudannya dan ketiadaaannya' jadi illah atau sebab yang menyebabkan transaksi kelas intensif ini sedikit tersasar dari kehendak syariah adalah kerana 'gharar' akibat tiada pemberitahuan yang jelas tentang bayaran dan bukannya kerana masalah bayarannya mahal atau tidak. Begitu juga dengan masalah, siapa yang mengendalikannya, Insaniah atau anak syarikatnya tiada kena mengena dengan masalah hukum yang kita bincangkan.

Seterusnya kenyataan anda yang kedua :

manakala bg kursus bahasa utk student yg gagal dalam peperiksaan kursus intensif..ingin d prbetulkan d sini..peperiksaan tersebut ialah peperiksaan EPT dan APT...dan ia tidak ada kna mgena dgn kursus intensif..smua pljr br d wajibkan utk ambil peperiksaan ini untuk menentukan tahap pngusaan bahasa mereka..bg pelajar yg gagal mncapai tahap yg d tntukan...mereka prlu mgikuti kursus bhsa di INSANIAH LANGUAGE SCHOOL yg trletak d simpang kuala...bangunan ini adalah hak milik ank syarikat kuin td..sprti td...smua ini adlh arahan phk pntdbiran kuin...ats dsr "perintah" tanpa ada byrn kpd pensyarah yg trlibat..maka ank syarikat trpksa mgenakan byaran..yg mrngkumi gaji pnsyarah..sewa bangunan ILS yg mencecah 20k sebulan dan kos sewa bas utk pengangkutan para pelajar pergi balik atau pun kos penginapan...tp..sy kurang pasti byran sbnr yg d knakan utk pelajar2 yg perlu dtempatkan d ILS..jika d bandingkan pd thn lps...rsnya xsmpi bribu ringgit..apa2 pn..sy sarankan pihak IPT memohon penjelasan lanjut dari pihak pntdbiran KUIN sndri...hrpnya penjelasan ini sdikit sbyk dpt membantu...syukran..salam

Sekali lagi saya tegaskan, sememangnya kami hargai usaha mana-mana pihak untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa para pelajar, namun caranya mesti jelas agar tiada salah faham dikalangan pelajar. Memang benar dalam surat tawaran ada menyatakan 'sedikit' tentang APT dan EPT namun kenyataan tentang perkara tersebut amatlah pendek dan tidak 'detail' kerana tiada info tentang kursus bahasa RM xxx yang perlu diambil sekiranya gagal.

Untuk pengetahuan anda, saya juga telah menanyakan pusat bahasa tantang bayaran yang dikenakan ke atas pelajar antarabangsa buat kursus tersebut iaitu RM 2000. Jadi, sebenarnya memang sampai bribu ringgit. Cuma, untuk sem kali ini sememangnya Pusat Bahasa mengatakan kepada kami bahawa 'masih belum pasti berapa bayarannya'. Jawapan ini juga saya lihat kurang memuaskan kerana pelajar sekali lagi merasa tertekan kerana mereka yang gagal dalam EPT @ APT akan diwajibkan mengambil kursus bahasa yang dikendalikan anak syarikat INSANIAH tetapi BAYARAN BELUM PASTI. Sekali lagi kita lihat unsur 'gharar' disini mengakibatkan kontrak agak tersasar dari kehendak syariat.

Yang terakhir, kami sekali lagi menyeru agar pihak yang berkenaan meneliti semula permasalahan ini. Sekali lagi saya tegaskan apabila kita bergerak dalam institusi yang menjalankan dasar kormesial maka perlulah 100% menepati syarat2 yang telah ditetapkan syara'. Jangan kita katakan '' UNIVERSITI LAIN PUN BUAT BEGITU'' tetapi ikutlah kehendak syara' dan i'allah INSANIAH akan terus dihormati dan berkembang.

'Bersama menjulang thaqafah, menuntut amal, mencetus perubahan'

Untuk edaran segera,
Biro Akademik,
Pejabat Majlis Perwakilan Insaniah.

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment