Sedihnya bila akalmu masih mengenangkan tentang 'Wahabi'...

0

Posted on : 3:27 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Saturday, May 29, 2010

Sedihnya bila akalmu masih mengenangkan tentang 'Wahabi'...

Teruknya pertembungan antara umat Islam hanya dengan satu istilah yang digelar 'wahabi'! Sudah mual saya mendengar pergaduhan tak kira dikawasan bandar dan kampung. Yang lebih menakjubkan bila hendak dibincang tentang isu Palestin, ekonomi Islam, Dakwah Islamiyah dan sebagainya, mereka kelihatan langsung tidak berminat. Kalau hanya mampu pun sepatah dua kata saja cadangan dan dorongan yang mampu dikeluarkan.

Namun apa yang mereka tidak sedar dan mungkin 'tidak akan sedar' ini adalah Wahabi itu sendiri tiada usulnya. Sebahagian cendikiawan Islam menyifatkannya sebagai 'instrumen' ciptaan musuh Islam. Istilah dan takrifan yang dicipta oleh musuh Islam untuk memecah belahkan umat Islam, isu yang sengaja dibangkitkan agar terjadinya tuduh menuduh, benci membenci, sibuk dengan perdebatan yang tak kunjung tiba pengakhirannya. Ada sesiapa yang boleh menceritakan usul wahabi dari sumbernya yang benar? Mmg tidak akan ada yang mampu kerna semua yang 'rajin berbincang tentang wahabi ini' hanya tahu beberapa cerita sahaja iaitu 'Wahabi ini pengikut Imam Abdul Wahab' , wahabi ini salafi atau wahabi ini golongan suka membid'ahkan dan mengkafirkan org. Kemudian bertokok tambah lah cerita tentang wahabi ada yang menjadi golongan mujassimah, golongan sesat dan sebagainya.

Hentikanlah! tiada bermakna ilmu kamu itu hanya mampu berbicara tentang wahabi. Ilmu Islam terlalu luas. Luaskanlah dadamu untuk membaca dan memikirkan ilmu yang memberi manfaat. Beritahulah pengikutmu dengan jelas, 'Musuh Islam bukan wahabi atau sufi atau apa2 sahaja nama kelompok yang digelar, tetapi musuh kita Israel, Amerika dan sekutunya termasuk golongan orientalis, Islam Liberal dan sebagainya. Janganlah untuk mendapat tempat dihati orang kampung dan 'menyaji ceramah-ceramahmu', jadi isu 'Wahabi' sengaja di ulang-ulang. Apa punya Ustaz kalau bertindak sebegini? Tak ada modal ilmu lain ke? Selalu ustaz2 begini akan mengatakan 'Wahabi ini ancaman umat Islam, mereka tidak beradab dan suka mencerca org', tak sedar-sedar dia sendiri kemudiannya menuduh2 dan menggelar org lain.

Saya sudah lama menyeru agar perbincangan tentang wahabi ini ditutup, tak ada makna dan faedah yang banyak didapati. Memang selalu saya mendengar ustaz-ustaz dikawasan yang merata hangat membincangkan isu ini dan seronok hentam menghentam antara satu sama lain. Ketahuilah, perbincangan dan pergaduhan tentang isu ini takkan tamat. Ianya seperti perbincangan para saintis 'adakah makhluk asing itu wujud?' walaupun puluhan tahun berdebat tetapi sampai masa kini tiada penghujungnya. Mana tidaknya, kamu membincangkan sesuatu yang tiada asal. Sesuatu yang diadakan adakan oleh golongan tertentu, begitu juga kalau kamu membincangkan isu khilaf.

Perbincangan isu khilaf ulama' tak kira dalam permasalahan akidah ataupun fiqh ianya takkan ada satu keputusan muktamad. Mana tidaknya, segala isu khilaf itu terdiri daripada dalil-dalil zhonni, tak kira zhonniatu ad-dilalah ataupun zhonniyatu ath-thubut (rujuk usul fiqh). Jadi perkara-perkara begini sememangnya Islam membuka ruang untuk para mujtahidin berijtihad dan kita dibenarkan mengikut mana-mana ulama' mujtahidin atas dasar keyakinan pada dalil-dalil mereka.

Samalah seperti masalah takwil atau tidak, masalah akidah tauhid 3 atau sifat 20 masalah bid'ah dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini kita mesti faham bahawa ia tidak wajar di ulang-ulang. (kecuali dalam perbincangan ilmiyah untuk memberi kefahaman) . Sedih bila melihat rakan-rakan asyik nak membincang perkara ini, saya sangat terasa terlalu banyak yang kita boleh kaji dan bincangkan tentang pembangunan ekonomi dan keewangan Islam yang semakin tidak disenangi oleh musuh Islam, isu Palestin, isu dakwah, isu siasah Islam (politik islam) dan terlalu banyak. Mungkin , kita keluar makan di kedai kopi bersama rakan-rakan muslim lebih baik daripada berbincang isu wahabi, kerna ianya memecahbelah dan menanam rasa benci sesama muslim. Malah ianya kelak akan menyebabkan kita cepat menuduh seseorang yang berlainan pendapatnya itu wahabi.

Akhirnya, sudahlah, tiada maknanya kalau ilmu mereka hanya berkisar tentang wahabi, terlalu sedih dan jengkel seseorang muslim hanya sibuk bicara tentang perkara sama. Luaskanlah minda, pandanglah 'perkara-perkara yang kita persetujui', tinggalkanlah 'perkara-perkara yang kita khilaf', besar-besarkanlah 'isu-isu yang kita kongsi bersama', diam-diamkan 'isu-isu yang kita berbeza'....

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment