"Dengan Mengingati ALLAH, Hati kan Menjadi Tenang.."

0

Posted on : 9:21 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Assalamualaikum wbt...


"Kadang-kadang, bila terlalu banyak sangat kerja boleh jadi stress.. Tapi, tak mustahil juga bila duduk senyap juga boleh mendatang kan stress..buat itu tak kena, buat ini tak kena. Ada sahaja benda yang tak kena. Nak mengadu dan bercerita, tak ada siapa yang nak dengar..fb.?ym.?myspace.?tu semua dah menjemukan lar..Hati ni asyik x tenteram saja..Duduk sorang-sorang nii..eiii..bosannya!!Yang ada pun kucing..Cakap dengan kucing??alamak!!nanti dikatakan aku ni gila pulak..??...."

Sahabat sahabiah sekalian..
Tak mustahil situasi atau ungkapan di atas pernah dialami dan dirasai kita bukan? bukan nak membuka pekong sesiapa, tetapi sekadar berkongsi apa yang boleh dikongsikan.Juga pengisian untuk diri sendiri...

Ya, memang tidak dapat tidak, stress juga boleh berlaku apabila kita dalam keadaan bosan, atau bahasa kita' dok saje'..Lagi-lagi kepada kita yang sedang bermandi dengan cuti semester sekarang..yang mana ada streamyx atau broadband atau apa saja, mungkin boleh melakukan sesuatu yang berfaedah.Tapi bilamana kita berada di tahap seperti ungkapan di atas, mungkin itu semua tiada makna lagi..Nak bercerita dengan parents, mereka sibuk bekerja. Nak bergayut dengan kawan, apa lah sangat.Naik cuti nanti boleh berbual sakan.Pakwe??Makwe.??Astaghfirullah..itu semua tiada maknanya..Mungkin bagi sesetengah orang, ada maknanya..
Apepun, mungkin kita perlu sedar inilah masanya sahabat-sahabat, untuk kita mendekatkan diri kita denganNYA..Kadang-kadang kita tidak sedar masa yang kita dah banyak habiskan dengan hal-hal keduniaan..sibuk untuk menunaikan hak manusia, yang kita tidak pasti ada ke tidak nilai di sisiNYA..Tapi kita tidak ihtimam, ke mana hak kita(hamba) terhadap DIA?dah hilang ke? Tidak sama sekali..DIA mempunyai hak daripada hambaNYA. DIA berhak untuk menarik semua nikmat jika DIA hendak. Tapi, DIA maha pengampun lagi maha mengasihani..Jadi, kita sebagai hamba, untuk menjadi golongan yang sedar dek untung, maka gunakan lah masa yang ada dengan sebaiknya, seperti firman Allah Ta'ala dalam surah al-'Asr,

“By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience.”...

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihati kepada kebenaran dan kesabaran.."...

Adakah kita tergolong di golongan yang rugi?Nauzubillah..
Untuk itu, hakikatnya tiada alasan untuk kita mengatakan stress sama ada ketika sibuk mahupun senang lebih-lebih lah lagi..Jadi, mungkin di sini, ada beberapa perkongsian untuk kita menangani stress menurut perspektif Islam, di mana ianya berkait dengan tiga kompenan utama milik kita, iaitu kompenan roh, jasad dan juga akal..

1. KOMPONEN ROH

Setiap manusia punyai roh. Namun jasad dan sifat roh tidak mungkin dapat difahami oleh manusia itu sendiri. Roh yang ada pada manusia adalah milik Tuhan yang Esa. Roh menjana segala tingkah laku seorang manusia. Roh yang baik akan dijelmakan melalui tingkah laku yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“ Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”..(Asy Syams ayat 9 dan 10)

Ya, roh adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Namun roh sesuatu suatu benda yang hidup. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami, ia mencakupi soal kerohaniaan atau spiritual. Setiap manusia punyai fitrah untuk rasa bertuhan. Seorang mukmin percaya akan Allah yang Esa. Menyakini bahawa setiap yang berlaku ke atas dirinya adalah kehendak Allah Taala. Sebagai contoh, setiap musibah yang berlaku sebenarnya punyai hikmah yang perlu dicari. Walaupun kita merasa tertekan dan stress dengan ujian dan dugaan yang datang menimpa-nimpa, seharusnya rasa lemah, tertekan dan tidak berkeupayaan haruslah disandarkan kepada Allah Taala sepenuhnya.

Stress atau tekanan yang dihadapi boleh diurus dengan menyucikan roh atau dalam erti kata yang lain menguatkan aspek kerohaniaan dan spiritual, bukan hanya dengan melakukan ibadah yang bersifat ritual semata-mata seperti memelihara solat lima waktu, membayar zakat mahupun membaca dan menelaah Al-Quran. Imam Al-Ghazali berpendapat di antara kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut;

Menanam dan menyuburkan jiwa ini dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) seperti amanah, ikhlas serta jujur.
Mengikis sifat-sifat yang negatif (mazmumah) seperti riak, ujub, sombong dan takbur.
Menunaikan hak sesama insan baik hak suami, hak isteri, hak anak-anak hak pemimpin dan hak masyarakat dan tidak menzalimi orang lain demi untuk kepentingan sendiri.
Tidak memakan makanan yang haram dan syubhah baik diragui dari segi sumber atau bagaimana cara ianya dihidangkan.


2. KOMPONEN JASAD

Al-wiqayatu khairun min al-‘ilaj yang kira-kira bermaksud “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Islam sangat menganjurkan agar setiap penyakit yang dihadapi haruslah dicegah daripada diubati kerana mengubati hanya mengurangi kesakitan dalam jangka masa pendek dan kesakitan itu akan kembali dirasai setelah kehabisan

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNYA”
(Al-Maidah ayat 88)

Di dalam ayat ini, Allah Taala memerintahkan kepada hambaNYA agar memakan makanan yang halal dan baik. Makanan yang halal ialah makanan yang sumbernya merupakan sumber yang halal. Sebagai contoh, wang yang kita gunakan untuk membeli makanan merupakan wang yang halal yang dibayar kepada kita setimpal dengan pekerjaan lakukan. Kalau para pembaca masih ingat lagi dengan kisah Imam Syafiee semasa beliau dalam usaha menghafaz Al-Quran. Beliau dikatakan tidak dapat menghafal ayat Al-Quran pada suatu hari sedangkan hari-hari yang sebelumnya beliau sangat lancar menghafaz AL-Qura’n. Beliau sangat hairan dan akhirnya beliau cuba untuk mencari asbab mengapakah perkara ini berlaku. Akhirnya di dapati susu lembu yang diminum oleh beliau tidak halal kerana lembu tersebut telah meragut rumput dikawasan orang lain dan bukan dikawasan rumput kepunyaan penjaganya.

Makanan yang halal sahaja tidak mencukupi malah makanan itu haruslah baik atau erti kata berkhasiat dan tidak memudaratkan kita. Makanan yang baik adalah makanan yang mempunyai kombinasi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Sebagai contoh, badan kita memerlukan zat karbohidrat untuk digunakan sebagai tenaga segera demi untuk melaksanakan aktiviti harian. Sekiranya badan kekurangan zat karbohidrat, badan akan menggunakan sumber protein dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga segera. Penggunaan protein yang tinggi sebagai menggantikan karbohidrat akan menyebabkan kepekatan asid amino yang tinggi dalam badan. Ianya boleh memberikan implikasi kepada otot kita di mana kita sering mengalami kekejangan otot.

Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Kita percaya bahawa segala perbuatan dan pemikiran kita juga dipengaruhi oleh makanan yang kita makan. Boleh jadi kita mudah kalah bila mendapat tekanan atau stress disebabkan kita mengabaikan soal dari sumber manakah makanan yang kita makanan dan adakah ianya baik untuk kesihatan kita

Senaman yang konsisten dan bukan bersifat terpaksa atau memaksa antara alternatif yang terbaik mengurangi tekanan yang dialami. Senaman boleh meningkatkan daya tahan terhadap tekanan dengan meringankan bebanan ke atas diri. Ianya mampu mengalihkan elemen psikologi seperti tenaga marah, agresif dan perasaan risau lalu diterjemahkan melalui pergerakan fizikal yang lasak. Namun ramai yang terlepas pandang sebelum memulakan senaman harus dimulai dengan memanaskan badan atau warming up agar otot-otot badan tidak akan mengalami kekejangan selepas senaman.


3. KOMPONEN AKAL

Fenomena kemiskinan ilmu dan kemahiran merupakan faktor terpenting kegagalan individu mempelbagaikan alternatif ke arah penyelesaian masalah. Bukankah ini akan mendatangkan tekanan ?

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk membolehkan mereka berfikir, malah faktor inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Berfikir menggunakan akal adalah satu perbuatan dan ianya memerlukan sesuatu benda untuk difikirkan. Kalau tubuh badan manusia memerlukan makanan berkhasiat, akal juga memerlukan bahan-bahan yang berkhasiat dan bermanfaat untuk difikirkan. Ianya disebut sebagai bahan intelek (intellectual substances). Ianya diperolehi daripada bahan bacaan yang juga bersifat intelek dan menjana kreativiti.

“ Katakan ia (Al-Quran) ialah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman ”
(Al-Fusshilat 41:44)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita Al-Quran merupakan sumber intellectual substances yang terbaik untuk dirujuk oleh manusia demi untuk mematangkan akal dan fikiran, waras dalam pertimbangan dan tepat membuat sebarang keputusan. Tekanan dan stress yang dialami boleh diurus apabila individu tersebut mempunyai pengetahuan dan maklumat yang luas. Individu tersebut tidak akan membuat sebarang tindakan yang boleh menzalimi dirinya sendiri atau orang-orang disekelilingnya.

::Ketiga-tiga komponen ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain dalam menghadapi distress di samping mencari ketenangan.

Nah.!jelas sahabat-sahabat bahwa stress ini senang untuk diubati bagi mereka yang mencari penawarnya..Untuk menjadikan diri kita ini sentiasa tenang, bukanlah sesuatu yang sukar.Sebenarnya,banyak cara untuk kita ubat stress kita dan mencari ketenangan, antaranya dengan bersolat, zikir,atau membaca al-qur'an . Malah, dengan cara ini juga menguatkan seseorang itu dengan keimanannya, seperti kata Imam Hasan Al Basri yang pernah berucap,
“ Carilah kenikmatan iman pada tiga hal; dalam sholat, zikr dan membaca Al Qur’an. Jika kamu mendapatkannya (maka beruntunglah kamu) jika tidak maka ketahuilah bahwa pintu kebaikan telah tertutup.”..Tidak salah juga kita mencari hiburan untuk mendapatkan ketenangan.Namun kita harus bijak mencari hiburan itu kerna pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..(lirik lagu Raihan)

Oleh itu sahabat-sahabat jua diriku..
Gunakanlah kesempatan masa yang ada untuk kita mengingtiNYA.Bukan sahaja kita perlu duduk bertafakkur, malah jika kita sibuk maka setiap amalan kita juga tidak boleh tidak sertailah untuk kita mengingatiNYA..Apatah lagi di kala bersendirian, tanpa melakukan apa-apa.Kerna apabila kesempitan atau kekangan masa yang kita tidak tahu entah kan bila akan kita hadapi, akan membuatkan kita sesal sendiri lantas, barulah kita teraba-raba mencariNYA,nauzubillah..Untuk itu,dikala kita terus mengingatNya disaat itulah hati kita akan dipenuhi oleh perasaan tenang karena segala yang terjadi merupakan skenario atau percaturan Allah SWT atas hambanya sedangkan kewajiban kita hanyalah menjalani skenario itu dengan baik. Ingatlah selalu akan firman Allah yang artinya, “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)..wallahua'lam..


sumber turut dikongsi dan dipetik dari: PKPIM dan www.awliyasyuhada.blogspot.com

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment