Biah Solehah

0

Posted on : 8:46 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Biah Solehah, secara simpulannya boleh kita katakan 'suasana yang baik mengikut ruh Islam'. Jadi skop pengertian biah solehah pastinya luas iaitu segala usha mewujudkan suasana yang penuh dgn maslahat dan jauh dari mudarat boleh dianggap biah solehah.

Namun tak semua yang benar-benar faham tentang pengertian yang cukup luas bagi biah solehah. Walaupun pada mulanya saya hanya sekadar ingin menulis komen tentang 'biah solehah' yang sebahagian rakan perjuangkan namun Saya terpanggil untuk menulis tentang 'biah solehah' kali ini, dengan harapan semua rakan-rakan dapat memahami apa yang sepatutnya mereka fahami.

Bilamana kita menyebut tentang biah solehah, ada golongan tertentu yang suka saja menyempitkan skop pengertian biah solehah. Suatu ketika, dalam sebuah perbincangan ketika sekumpulan mahasiswa Islam bila ditanya , 'Bagaimana cara-cara memperkasa Biah Solehah?', selepas 10 mnt berbincang maka kump mahasiswa tersebut bangun dan menjawab dengan satu jawapan, 'Asingkan tempat antara laki-laki dan perempuan'.

Sebenarnya, jawapan mereka ada benarnya. Namun, kalaupun patut diberi markah, mereka hanya layak mendapat 10/100. Pastilah saya menyokong dan mengetahui tentang 'biah solehah' dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sememangnya, pergaulan bebas ataupun ikhtilat antara muslimin dan muslimat antara salah satu agenda yang termasuk dalam skop biah solehah. Namun, kefahaman tentang biah solehah bukan sekadar itu, kamu mengadakan usrah itu biah solehah, membuat dialog dan perbincangan isu semasa itu biah solehah, mempelajari ilm itu biah solehah, bersedekah dan membuat kebajikan itu biah solehah, memberi salam itu biah solehah, mengadakan prog dan kem yang islamik itu biah solehah, prog sukan itu biah solehah dan terlalu banyak lagi yang boleh dikategorikan dalam biah solehah sekiranya perkara tersebut mendatangkan maslahat dan dilakukan tanpa melanggar syariat.

Apabila pengertian kita biah solehah hanyalah 'menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan maka kerna itulah mungkin 'seluruh ahli badan biah solehah' di sebuah tempat kontang idea untuk mengadakan prog kempen biah solehah. Kerana pemikiran mereka hanyalah terhad untuk mencari pasangan ataupun org2 yang melakukan pergaulan bebas. Sekiranya mereka sudah tidak mendapati mana-mana perkara seperti itu, maka mereka akan mula mengorek lubang rahsia orang-orang lain yang mempunyai masalah sebegitu. Akhirnya ia membawa kepada fitnah, menyebar aib-aib orang lain yang tersembunyi, mengumpat dan lain-lain.

Apa yang pasti, penulisan ini bukanlah untuk menyokong meerka-mereka yang sukakan pergaulan bebas. Penulisan ini hanyalah untuk menyatakan bahawa biah solehah itu luas dan bukan sekadar tentang hubungan bebas lelaki dan perempuan. Pada masa yang sama saya tetap mengingatkan bahawa perjuangan biah solehah tetap akan menghapuskan pergaulan bebas dan menidakkan perkara-perkara haram antara kaum wanita dan lelaki. Jadi buat mereka yang merasa sudah bebas sepenuhnya, dan boleh keluar berdua-duaan, duduk bersebelahan dan seumpa dengannya, jangan lah merasa terlepas dan tidak berasalah. Sesiapa sahaja yang melakukan perkara-perkara sebegini adalah bersalah dan 'biah solehah' akan menghapuskannya.

Jadi apa yang perlu adalah pemikiran yang kreatif dan realistik. Terlalu banyak prog-prog atau aktiviti dalaman yang boleh dilakukan bagi menjana biah solehah. Mengapa tidak diadakan prog dialog antara agama, lawatan ke rumah-rumah anak yatim non-muslim untuk sampaikan dakwah, hapuskan kemiskinan, perbanyakkan qiam dan bacaan alquran bersama, aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar bagi remaja, serta forum atau kuiz tentang Islam sambil menerangkan tentang pergaulan bebas dan sebagainya? Susah sangatkah untuk duduk sebentar dan berfikir secara progresif untuk 'biah solehah' yang lebih berkualiti?

'Masa yang terluang tanpa apa-apa kerja itu menghancurkan', kata-kata sahabat ini sepatutnya dijadikan iktibar. Bilamana remaja berhadapan dengan masa terluang yang kosong tanpa apa-apa aktiviti mereka akan menjadi 'penganggur' dan pengangguran akan membawa kepada peningkatan gejala sosial. Bilamana tiada kerja yang hendak dilakukan biasalah mereka akan merempit, dating, melepak, kelab malam dan sebagainya. Jadi kalau 'badan yang bertanggungjawab' menjaga biah solehah ini peka dan bijak pasti tidak ada apa yang mustahil untuk mencapai sebenar-benar biah solehah. Memang benar, biah solehah merupakan kewajipan buat semua. Tetapi kewajipan dan tanggungjawab itu pastilah lebih besar keatas 'badan yang khas ditubuhkan' untuk biah solehah. Oleh itu, sekiranya 'badan' ini dipersalahkan dan di marahi atas kegagalan mencipta biah solehah maka sepatutnya atas 'prinsip' mereka perlu mengaku bersalah dan terus berusha keras mencipta biah tersebut.

Orang Melayu kita, terlalu cepat berkecil hati, kalau dimarah tentang kerja mereka terus merajuk. Tetapi kalau bercakap tentang gosip tak mengapa. Ini perlu diubah, sepatutnya komen, kritik dan lontaran kata ke atas etika kerja tak perlu dimarahi sekiranya ianya positif dan benar. Sebaliknya kita perlu menghargai dan mengambilnya sekiranya ia bersesuaian. Sekiranya tidak bersesuaian dan tidak relevan kita boleh bangkit dan sanggah semula kritikan tersebut.

'Rakan seperjuangan adalah rakan yang berani menegur', sekiranya ada rakan seperjuangan yang melihat kita dalam keadaan lesu dan kontang, apakah yang perlu dia lakukan? Pastilah dia perlu menasihati dan memberi kritikan pada kerja-kerja kita yang masih belum sempurna. Tak perlu lihat, samada yang menasihatkan kita itu baik atau tidak. Yang perlu dilihat adalah nasihat itu sendiri sekiranya baik apa salahnya kita aplikasikan. Samada dia hipokrit ataupun tidak itu masalah dia sendiri. Kecuali dalam kes-kes tertentu, sekiranya ada yang berniat nak menjatuhkan dan menzalimi orang lain dalam kata-katanya.

Kesimpulannya, sekiranya kita melihat biah solehah itu dalam skop yang sempit maka sempitlah pemikiran kita, sebaliknya kalau dilihat dalam skop yang luas maka luaslah pemikiran dan idea tentangnya.

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment