Salam Imtihan Buat Semua

0

Posted on : 1:30 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


(Gambar Ihsan dari blogger Insan Natiq)

Salam imtihan buat semua, khas buat semua warga Insniah. Semoga berjaya menjawab dengan berjaya dan penuh cemerlang. Maaf dipinta pada mana-mana kesalahan yang telah dilakukan. Semoga kita semua dapat saling bantu-membantu dalam kebaikan. Jangan lupa untuk sama-sama berdoa pada Allah s.w.t kerana kejayaan kita sebenarnya datang dariNya. Doakan juga rakan-rakan seperjuangan kita kerana apabila seseorang itu mendoakan saudaranya maka berkata para malaikat ''dan bagimu seumpama dengannya (dengan apa yang kau doakan untuknya)''.

Insyaallah segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita benar-benar berusaha keras dan yakin dengan kemampuan yang ada. Namun, suka diingatkan imtihan bukanlah segalanya. Imtihan hanyalah penilaian atas kertas bagi sesiapa yang mengulangkaji pelajaran. Jadi, janganlah tinggalkan segala gerak kerja dan prog semata-mata hanya untuk Imtihan anda. Sebaliknya tingkatkan usaha mengulangkaji pelajaran tanpa mengabaikan acara-acara bermanfaat yang lain! Salam imtihan, ma'a at-taufiq wan-najaah I'allah! Allahumma iftah alaina futuuhal arifiin, AMEEN!

Pengerusi Biro Akademik,

Abdullah Umayr

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment