KENALI BAKA?

0

Posted on : 10:54 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Pengenalan :

Biro akademik merupakan sebuah badan yang bernaung dibawah persatuan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah. Biro akademik berfungsi sebagai badan utama dalam menangani masalah-masalah akademik para pelajar tak kira masalah-masalah yang berkaitan dengan pendaftaran,rayuan,pertukaran kredit dan lain-lain yang berhubung dengan pejabat HEA. Biro ini merupakan jalan penghubung utama para pelajar dengan pentadbiran dan pejabat HEA. BAKA juga mengambil inisiatif utama bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar dengan mengadakan program-program ilmiah serta kelas-kelas diskusi.

Visi :
Melahirkan ilmuan terbilang yang mampu mengangkat martabat umat Islam

Misi :
Mewujudkan biah cinta ilmu yang pesat dengan persaingan dikalangan para pelajar.

Moto : Rahmatan lil alamin/ Rahmat buat sekalian alam

Portfolio Biro Akademik :
- Bertanggungjawab menjaga kebajikan akademik pelajar.
- Memantau dan merancang inisiatif bagi meningkatkan prestasi akademik para pelajar
- Penghubung bagi pelajar dengan pentadbiran dan pejabat HEA
- Tertakluk dibawah pengawasan dan arahan Majlis Tertinggi MPM

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment