Cadangan Gagasan Wehdatu Ath-Thalabah... Artikel lama dikemas kini

0

Posted on : 9:45 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Friday, August 27, 2010
Cadangan Gagasan Wehdatu Ath-Thalabah... Artikel lama dikemas kini




Bismillahirramanirrahim, alhamdulillahirabbi al-alamin, segala puji dan pujaan kupanjatkan kehadrat ilahi, puji yang penuh barakah, puja yang penuh kecintaan, sembah sujud penuh kehambaan dan syukur serta tasbih yang penuh keinsafan. Dengan nama Allah yang maha gagah lagi maha perkasa selawat dan salam kupanjatkan keatas baginda rasulAllah Sallahualaihi wasallam, selawat yang tiada putus hingga ke hari akhirat, salam yang kekal buat selama-lamanya, selawat dan doa kebaikan buat baginda, salam dan sejahtera juga ku utuskan.....

Alhamdulillah, masih dikurnikan Allah S.W.T untuk terus menuntut ilmu, alhamdulillah juga dipanjangkan umur serta dikurniakan nikmat yang tiada hentinya, nikmat iman dan islam, nikmat persaudaraan serta nikmat akal dan fikiran. Tulisan kali ini merupakan sebuah cadangan yang maha kerdil khas ditujukan buat Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah yang dihormati. Tak kira mereka yang memegang jawatan tertinggi mahupun yang dibawah.


Cadangan bagi penubuhan Wehdatu At-Talabah.

Pertamanya, saya ingin menyatakan sebuah cadangan pembaharuan Majlis Perwakilan Mahasiswa di Insaniah. Kalau kita lihat organisasi pentadbiran yang telah lama digunapakai dalam MPM adalah sebuah organisasi yang cekap dan licin namun belum cukup memuaskan bagi melambangkan sebuah pertubuhan pelajar yang "sejagat" dan besifat "kesatuan". Perkara ini dapat dilihat apabila exco2 serta ahli majlis tertinggi yang membentuk kabinet atau organisasi MPM semuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seharusnya mahasiswa Insaniah yang telah lama melepasi jaringan bangsa, kaum dan warna kulit memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah organisasi majmuk yang bersifat sejagat dengan melantik exco dan mengambil ahli majlis tertinggi dari kalangan pelajar2 cemerlang daripada pelajar2 antarabangsa yang ada di Insaniah seperti pelajar2 Cina, Somalia, Nigeria, Thailand, Kemboja dan lain2 sekaligus menjadikan B.Arab sebagai bahasa rasmi dan bahasa kesatuan dalam organisasi tersebut. Organisasi bagi MPM ini lebih sesuai dengan nama Wehdatu At-Talabah Al-Insaniah, membawa makna "Kesatuan Pelajar Insaniah" kerna Ittihadu Attalabah telahpun ramai yang menggunakannya, samada persatuan pelajar di universiti dalam dan luar negara. Sebaliknya wehdatu at-talabah adalah jarang diguna pakai kerna ia melambangkan kesatuaan yang bersifat "universal". Majlis perwakilan pelajar yang bersifat universal dan sejagat inilah yang unik dan dapat membezakan Insaniah yang hidup dalam persaudaraan Islam berbanding sebahagian universiti lain yang hidup dalam sifat "kebangsaan".

Maka secara ikhlas saya tujukan cadangan ini pada yang memegang tanggungjawab, mungkin bukanlah kuasa MPM untuk mengubah carta organisasi mereka namun pastilah mereka mampu untuk menghantar memorendum bagi memperketengahkan cadangan ini. Mungkin juga ada yang akan mengatakan pelajar2 antarabangsa telahpun mempunyai persatuan pelajar sendiri, Ingin saya tegaskan, bukanlah cadangan ini bertujuan untuk memansuhkan persatuan2 pelajar yang lain. Persatuan2 pelajar yang bersifat kebangsaan seprti persatuan pelajar Cina, Somalia dan Thailand harus dikekalkan bagi menyediakan mereka ruang untuk sama2 menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah kenegaraan seperti visa, passport atau masalah2 yang mereka lebih arif tentangnya kerna berkaitan dengan adat dan negara mereka. Sebaliknya kita hanya harus menambah jawatan ataupun memberi kuota yang adil bagi keterlibatan pelajar antarabangsa dalam organisasi MPM. Ada juga yang akan mengatakan pelajar antarabangsa ada yang sudah jadi AJK. Persoalannya AJK tidaklah termasuk dalam carta organisasi MPM Ajk hanyalah sebagai kerja "belakang tabir" dan selalunya ahli2 ajk kurang dikenali dan tidak menyertai pilihanraya di Insaniah. Sememangnya mereka ada pilihanraya sendiri dalam persatuab pelajar mereka yang bersifat "kebangsaan" namun ia tidak mencukupi.

Tidak dinafikan mungkin mereka juga dibenarkan bertanding namun mereka tidak memenangi kursi dalam pilihanraya. Itu sudah pasti kerna keasingan mereka menyebabkan pelajar2 melayu yang tidak mampu berkomunikasi dengan mereka serta kurang mengenali mereka tidak akan mengundi mereka. Namun, itu bukan masalah dan alasan untuk mensifarkan keterlibatan mereka sebagai exco ataupun ahli majlis tertinggi, cadangan saya sediakan kuota yang adil daripada kerusi2 exco ataupun ahli MT buat pelajar2 antarabngsa yang mmg maklum kecemerlangan serta akhlaknya tak kira muslimin mahupun muslimat. Dengan kata lain sediakan beberapa kerusi yang khas akan ditandingi oleh pelajar2 antarabangsa dan akan dimenangi oleh pelajar2 antarabangsa juga. Namun pastilah perlu dipastikan mereka yang bertanding sesama mereka untuk masuk menjadi exco mahupun ahli MT adalah mereka yang mempunyai bakat dalam kepimpinan dan cemerlang akhlak serta kelakuannya. Sekiranya Organisasi MPM baru sebegini mampu dibentuk, dan gambar2 para pemimpin dari kalangan pelajar Insaniah tidak lagi hanya terdiri daripada gambar2 pelajar melayu kita sahaja sebaliknya MPM Universiti ini terdiri daripada pelajar2 belainan rumpun namun sama akidahnya maka Insaniah merupakan contoh yang baik bagi kolej2 yang lain serta ianya merupakan lambang perpaduan yang didasari hanya akidah islam dan bukan perpaduan yang didasari kebangsaan dan kenegaraan.

Persaingan dan kesatuan akan dapat dipertingkatkan dengan lebih efektif dan kurang kesan negatif berbanding cadangan sistem 2 Parti yang dicadangkan sebelum ini. Kerana sisem 2 Parti walaupun ianya sebuah idea yang menarik namun pada pandangan Afkar pelajar-pelajar INSANIAH masih ramai yang belum matang dalam 'politik kampus' ini menyebabkan ianya sukar direalisasikan dengan sihat tanpa mudarat perpecahan, pergaduhan dan sebagainya. Namun cadangan GAGASAN WEHDATU ATH-THALABAH ini i'allah lebih praktikal dan efektif.

Sekiranya ianya dapat dilaksanakan maka PERCAMBAHAN pemikiran dan idea dikalangan pimpinan pelajar campuran dalam menciota polisi, dasar, prog dan aktiviti baru pasti akan lebih hebat dan kreatif. Ini kerana sememangnya ramai dikalangan pelajar antarabangsa yang mempunyai pengalaman dan pemikiran yang berkualiti tambahan pula kepakaran mereka dalam b.inggeris dan ICT akan sekali gus membuka ruang perubahan yang lebih besar. Persaingan dan suasana politik kampus juga akan berubah semakin sengit dan hidup kerana 'budaya' aggresif dan 'pro-aktif' dari sebahagian kalangan pelajar antarabangsa akan menyemarakkan kempen pilihanraya. Namun, pastilah penguasaan B.inggeris dan Arab menjadi syarat utama kerana kalau tidak dengan penguasaan bahasa tersebut mesyuarat dan komunikasi antara ahli gagasan Wehdatu Ath-thalabah yang terdiri dari pimpinan dari seluruh negara menjadi lesu dan seterusnya cadangan ini hanya tinggal impian.

Jadi ianya terletak dalam tangan antum fikirkanlah sebaiknya.. wallahu a'lam~

Suara Mahasiswa (1)

0

Posted on : 4:37 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Kejutan budaya punca pelajar di IPTS gagal capai GPA 2.0


Assalamualaikum wbt.....

KEJUTAN budaya dan sikap tidak bertanggungjawab dipercayai menjadi punca 112,132 pelajar gagal mendapat keputusan nilai purata gred kumulatif (GPA) 2.0 sehingga pinjaman pelajaran mereka terpaksa ditahan seperti didedahkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, baru-baru ini.

Pencapaian di bawah GPA 2.0 tidak dapat diterima terutama bagi pelajar sepenuh masa, apatah lagi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Bukan sukar mendapat GPA 2.0 jika mereka menumpukan perhatian ketika di dewan kuliah.

Berdasarkan statistik Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, pada Januari hingga Jun lalu, 17 IPTS dikompaun dan antara kesalahannya kerana mengambil pelajar di bawah syarat minimum. Tindakan itu membabitkan 26 kompaun pelbagai kesalahan berjumlah RM231,000.

Kesalahan mengambil pelajar di bawah syarat minimum bukan sebagai punca utama pelajar gagal mencapai GPA 2.0, atau mungkinkah pelajar tidak menjalankan tanggungjawab selepas diberi kepercayaan dan peluang memilih bidang pengajian.

Adakah alasan terbawa dengan gaya atau budaya sekolah menengah yang segala-galanya disediakan menjadikan mereka leka kerana di IPTS semua perlu dirancang sendiri dan tiada siapa yang akan mengingatkan waktu sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidir Ismail, yakin kejutan budaya menjadi masalah utama kerana pelajar dalam pencarian identiti menyebabkan mudah menerima perubahan persekitaran.

“Corak pembelajaran di sekolah menengah dengan kelas tuisyen dan latihan tubi diatur guru, tetapi apabila melangkah ke alam universiti mereka perlu melakukan sendiri. Di universiti agak bebas, malah kelas pun boleh dipilih sama pada pagi atau petang,” katanya.

Gagal merancang waktu belajar dan menyesuaikan diri dengan suasana kampus antara masalah awal yang perlu dilalui pelajar, tetapi bukan bermaksud mereka kekal dengan budaya sekolah dan menjadikan alasan perlu lebih masa penyesuaian diri sehingga mendapat keputusan tidak baik.

Ternyata kebebasan dan kemudahan dana yang diberi disalahgunakan remaja yang berasa mereka tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan baik kerana sudah berada di menara gading.

Lebih buruk lagi ada pelajar mudah terpengaruh dengan budaya luar hingga hanyut dan akhirnya lupa tanggungjawab untuk belajar.

Dr Khaidir menganggap keputusan PTPTN bukan zalim kerana kerajaan mahu pelajar terbabit insaf dan penahanan itu harus dijadikan pengajaran kepada pelajar supaya tidak lupa tanggungjawab.

“Ini syarat perlu mereka patuhi dan menjadi hak PTPTN sebagai pemberi pinjaman,” katanya.

Dr Khaidir berkata, penting untuk melahirkan modal insan terbaik dengan daya tahan tinggi kerana kebanyakan masalah pelajar ialah gagal melawan godaan.

“Masalah (keciciran pelajaran) tidak berlaku jika mereka mempunyai nilai murni dan rasa tanggungjawab,” katanya.

Sekalipun pinjaman diteruskan jika pelajar kembali menunjukkan prestasi baik pada semester berikutnya, penahanan dibuat lagi jika perkara sama berulang.

“Mungkin kerana longgarnya syarat di IPTS menjadikan ramai pelajar yang mengambil mudah pelajaran mereka,” kata Dr Khaidir.

Setakat ini, pelbagai cara dan pertimbangan sudah dilakukan pengurusan PTPTN bagi memberi kemudahan kepada pelajar.

PTPTN sanggup melonggarkan syarat untuk menyalurkan bantuan penuh daripada RM3,000 kepada RM4,000 jumlah pendapatan seisi keluarga. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan ekonomi semasa, termasuk harga barangan dan perkhidmatan.

Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata peminjam yang disenarai hitam perlu berunding dengan PTPTN.

“Kaedah menang-menang ini dibuat bagi memberi peluang kepada peminjam agar memilih jalan terbaik untuk membayar pinjaman.

“Antara punca peminjam disenarai hitam kerana mereka tidak langsung menghubungi PTPTN, sekalipun diberi surat peringatan agar membayar pinjaman enam bulan selepas pengajian tamat,” katanya.


Petikan Akhbar Berita Harian

Oleh Ratinawati Rasidi
ratinawati@bharian.com.my
2010/08/18


p/s : Adakah realiti ini turut berlaku di Insaniah yang merupakan salah satu IPTS di Malaysia ??? lontarkan pandangan dan komentar anda sebagai mahasiswa mengenai isu ini...

Isu muslimat balik malam

0

Posted on : 5:31 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Alhamdulillah selesai sudah ibadah puasa pada hari yang ketiga, namun lulus atau tidak masih belum diketahui, teruslah berharap dan berdoa agar ianya lulus dan diterima Allah s.w.t.

Isu kali ini saya lihat perlu diambil perhatian penuh oleh warga MPM, iaitu isu keselamatan bagi warga muslimat INSANIAH. Kalau dilihat secara umum sememangnya menjadi kebiasaan warga muslimat yang memegang jawatan dan aktif menjalani prog atau apa-apa perjumpaan yang menyebabkan mereka terpaksa bergerak lewat malam untuk pulang ke rumah sewa ataupun asrama. Bagi mereka yang pulang dengan menaiki bas atau kereta pastilah ianya tidak menjadi masalah untuk diperbincangkan namun apa yang perlu kita perihatin adalah golongan yang selalunya pulang dengan menggunakan motosikal, basikal atau jalan kaki.

Sepertimana yang tertera boleh dikatakan 'setiap hari' di dada-dada akhbar, pembunuhan, penculikan, rogol dan pencabulan tidak pernah berhenti memenuhi muka depan dan tgh halaman berita. Yang terbaru adalah kes yang direkodkan dalam akhbar UTUSAN online seorang wanita yang dibunuh dan dirogol ketika keluar berseorangan. Bukan, itu saja malah kalau ingin dikira dan dikumpul semula terlalu banyak fakta kes yang mengancam kedudukan muslimat pada akhiran masa ini.

Oleh itu, kami mengusulkan, sistem kawalan musyrif yang terdiri dari golongan muslimin ataupun boleh dinamakan sistem usbah, yang mentaklifkan seorang muslimin bagi menjaga satu kump muslimat untuk mengikuti mereka pulang kerumah atau ke asrama. Pihak bertanggungjawab boleh mengnyenaraikan senarai nama musyrif muslimin sebagai sukarelawan, dan membahagikan kump2 muslimat yang akan berada dibawah mereka agar sekiranya mana-mana ahli kump yang terlibat dengan prog atau kelas malam yang tidak menggunakan khidmat bas , sekiranya ingin pulang ke rumah sewa atau kemana-mana kediaman perlu diikuti oleh musyrif masing-masing agar keselamatan para muslimat lebih terjamin. Malah pelajar yang tidak mengikuti polisi ini boleh dikenakan denda sebanyak RM 20-30 agar mereka tidak mengulangi perbuatan yang membahayakan diri sendiri.

I'allah usul ini akan dibawa ke dalam perjumpaan MPM pada akan datang beserta isu pesta buku agar segalanya dapat diterangkan dengan baik dan jelas.

Kenyataan untuk edaran segera,
Biro Akademik, Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Tahniah untuk semua AJK pesta buku!

0

Posted on : 8:21 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Sebagai pemantau bagi prog Pesta Buku yang julung-julung kalinya diadakan di INSANIAH, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua adhoc pelaksana yang bertungkus lumus melaksanakan prog tersebut dengan jaya dan menarik!

Malah dengan menggunakan modal dan tenaga kerja yang amat minima Pesta Buku INSANIAH yang pertama-tamanya berjaya MELEDAKKAN KEUNTUNGAN yang amat memberangsangkan. Alhamdulillah, malah terdapat peniaga yang sudahpun ingin menempah gerai untuk prog PESKO setelah bersama menjayakan PESTA BUKU INSANIAH, tahniah!

Saya kira kejayaan prog kali ini perlu diukur dari segi pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan seperti mengadakan SPELL-IT-RIGHT , COLOURING CONTEST dan pelancaran novel serta pertandingan pidato peringkat IPT. Nama INSANIAH sekali gus diharumkan apabila terdapat pihak sekolah yang sukacita ingin Spelling Contest yang pertama kali ini dianjurkan lagi sekali kerna prog tersebut sememangnya dijalankan dengan penuh cermat dan menuruti 'standard' yang sepatutnya.

Walaupun AJK-AJK prog tersebut telah berhadapan beberapa ujian getir dalam meneruskan PESTA tersebut namun, alhamdulillah mereka kelihatan terus tabah dan akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan. Tahniah sekali lagi buat semua!

Selaku pengerusi Biro Akademik, saya akui terdapat fakta-fakta palsu yang tidak bertanggungjawab tersebar berkenaan prog PESTA BUKU ini dan saya akan menggalas tanggungjawab untuk memperbetulkan fakta-fakta palsu ini dalam meeting MPM yang akan datang i'allah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan mengangkat usaha kalian dalam menjayakan prog ini. Syukran!