29-25 minggu penghayatan Islam dan Pesta Buku!

0

Posted on : 5:08 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


jOm DAtAnG rAmAI AjAK aDiK-aDiK, kAkAk-KaKaK, aBg-aBg dan SeMuA sEkaLi.... BeSt! BeST! jOM!

25-29 jULaI

dEwAn sULtAn AbDuL hALiM mUaZZam SyAH

daRi 10PaGi HiNgGa 11 MLM...

aJaK raKan-Rakan!

JOM SERTAI PESTA BUKU INSANIAH

1

Posted on : 6:07 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN






PELAN TAPAK PESTA BUKU INSANIAH


PELAN PESTA BUKU INSANIAH (BAHAGIAN LOBI DEWAN)



SYARAT-SYARAT MENYERTAI GERAI JUALAN

Syarat-syarat Permohonan


1. Penyertaan terbuka kepada mana-mana syarikat buku yang berminat;

2. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang rasmi yang boleh didapati dari Urusetia;

3. Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan kepada pemohon berdasarkan kepada pemohon terawal dan unit gerai yang ada tetapi tertakluk kepada keputusan/ budi bicara pihak penganjur;

4. Sebarang keputusan mengenai permohonan ini adalah muktamad;

5. Setiap Peniaga/pegawai/ pempamer boleh memohon lebih daripada satu (1) unit, tetapi keputusan adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur;

6. Peniaga / pempamer dalam apa jua keadaan atau cara tidak dibenarkan menyewakan kepada orang lain bagi gerai yang telah diberikan kepadanya;

7. Bayaran bagi setiap gerai perlu dibuat dalam bentuk tunai, cek atau melalui akaun bank Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah;

8. Anda dikehendaki mendahulukan wang deposit sebanyak RM150 sebagai jaminan untuk memohon.

9. Sekiranya anda membuat bayaran melalui akaun bank anda dikehendaki memaklumkan pada pihak kami serta fax resit pembayaran atau resit deposit sebagai bukti bayaran anda.

10. Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam;

11. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 15 Julai 2010.


SYARAT-SYARAT JUALAN

1. Semua barangan yang dijual mestilah dari barangan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah atau hiburan yang boleh dan dibenarkan untuk dijual dari segi mana-mana undang-undang dan peraturan perniagaan Malaysia dan / Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN;

2. Sekiranya pihak peniaga/pempamer hendak menjual barangan sampingan yang lain, perlu mendapat pengesahan dari pihak penganjur terlebih dahulu;

3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang aduan dan bantahan sama ada rasmi atau tidak rasmi oleh pembeli terhadap pempamer/peniaga / barangan jualan;

4. Setiap peserta dikehendaki mempamerkan Tanda Harga (RM) bagi setiap jualan masing-masing. Segala urusan jual beli adalah dalam bentuk Ringgit Malaysia;.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2010 ( Khamis ). Sebarang penarikan diri selepas tarikh ini, yuran penyertaan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN


SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

1. Semua peniaga/ pempamer hendaklah menjaga kebersihan kawasan sekitar sepanjang masa di samping menjaga etika dan adab sebagai seorang pempamer / peniaga;

2. Semua peniaga/ pempamer hendaklah berpakaian sopan mengikut etika Islam dan moraliti seorang rakyat Malaysia;

3. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti 1X meja, 2X kerusi dan elektrik sahaja. Pihak penganjur berkemungkinan akan menyediakan kemudahan tambahan sekiranya pihak pempamer berkehendak,tetapi dengan caj tambahan yang akan dikenakan;

4. Sekiranya pempamer / peniaga ingin menggunakan peralatan/ mesin yang memerlukan penggunaan kuasa air atau elektrik keupayaan tinggi, perlu mendapatkan keizinan daripada pihak penganjur dan bayaran tambahan akan dikenakan. Kelulusan tersebut adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dan juga Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN;

5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap peniaga, gerai dan barang jualan sepanjang masa. Sebarang aduan kehilangan adalah tanggungjawab pempamer/ peniaga sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atasnya. Walaubagaimanapun, pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk menjaga keselamatan pada waktu malam/ bukan masa perniagaan. Pihak penganjur, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN dan juga mana-mana syarikat atau badan perseorangan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung, tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya mana-mana perkara yang tidak diingini.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH DIAJUKAN KE :

Mohd Nashrul Hadi : 019-4050064

Mardhiah Mahmud : 013-4074982

Sekretariat Pesta Buku INSANIAH 2010


No Akaun Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah :

02011010088917 (Bank Islam)


No fax Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah :

04-7332484


TEMPAHLAH BOOTH PESTA BUKU DENGAN HARGA TERMURAH SEKARANG!!!

Perutusan Pengerusi Biro Akademik 09/10 : Transformasi Biro Akademik

0

Posted on : 2:26 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t tuhan yang Maha Gagah lagi maha Perkasa, Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana, Maha mengampuni lagi Maha menerima taubat hambaNya.

Selawat dan salam yang bersalutkan barakah dan kasih sayang kupunjatkan ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w, mujahid ummah, pemegang amanah dan pemimpin sekalian Rasul.

Alhamdulillah baru-baru ini telah selesai kongres pertama BAKA 09/10 juga merupakan mesyuarat ke 10 bagi biro akademik. Segala perancangan serta gerak kerja telah selesai dibentangkan dan ditaklifkan mengikut portfolio yang ditetapkan buat unit-unit tertentu yang bernaung dibawah BAKA 09/10.

Transformasi BAKA

Setelah melihat kekurangan dan kelebihan yang dapat di kenalpasti dalam separa pertama, sebuah transformasi dalam Biro Akademik telah dilakukan dalam rangka membaikpulih kelemahan-kelemahan yang selama ini menghalang perjalanan biro untuk terus maju kehadapan. Carta organisasi BAKA kekal seperti sedia ada dengan sedikit perubahan.

Ahli Majlis Tertinggi BAKA :

Pemantau : Sumayyah

Pengerusi : Abdullah Umayr

Timb Pengerusi : Nurul Anisah

Bendahari : Mardiah

Setiausha : Nurul Najwa

Ahli Unit-unit BAKA :

Pemantau CEP : Abdullah Umayr

Ketua CEP : Syahrizan

Timb 1 CEP : Fatimah

Timb 2 CEP : Adilah Mastura



Pemantau ACWEL : Nurul Anisah

Ketua ACWEL : Aznan

Timb ACWEL : Maryam


Pemantau : Nurul Najwa

Ketua OCEP : Hafiz Jamaluddin

Timb OCEP : Nur Ibtisam


Pemantau SP : Mardiyah

Ketua SP : Nasharudin

Timb 1 SP : Yusuf

Timb 2 SP : Mardiyah

Beberapa perancangan baru telah kami gariskan buat usaha untuk mencapai visi yang telah ditetapkan pada permulaan pentadbiran BAKA 09/10 iaitu 'Melahirkan pelajar yang kompetitif dan berpengetahuan tinggi'. Dengan bermotokan 'Rahmatan lil alamin' beberapa aktiviti baru yang bernaung dibawah unit CEP telah dirangka :

1) Tayangan Akademik mingguan

2) Prog Lets Discuss Mingguan (sebuah aktiviti perbincangan isu-isu semasa berkaitan dengan dalam dan luar negara.)

3) Risalah Ilmiah (akan di edarkan setiap dua minggu)

4) Kelas-kelas Munaqasyah (dikendalikan oleh pelajar-pelajar Insaniah)


Unit OCEP :

1) Pesta Buku Insaniah (World of Global Intellectual)

2) Seminar Pemantapan Akademik, SPA

3) Lets Discuss Peringkat IPT


Kami juga telah meletakkan target penyelesaian masalah tertentu buat memudahkan hal- ehwal Akademik pelajar INSANIAH dan tugasan ini bernaung dibawah unit ACWEL.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih buat Ust Nash, Ust Hafiz dan Ustzh Adilah Mastura atas kesudian mereka menerima tugasan sebagai ketua dan timb unit serta menjadi sebahagian daripada 'keluarga Biro Akademik' , belum terlambat juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Ust Zainon dan Ust Siddiq yang telah berjuang bersama-sama kami dalam penggal pertama pentadbiran BAKA 09/10 , 'Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu mebalas jasa kalian'.

Buat semua rakan-rakan seperjuangan , kejarlah kebaikan dan hikmah sebanyak mana yang kamu mampu, terimalah cabaran perubahan minda yang ingin kita bawakan. Berjuanglah dengan ikhlas dan lupakanlah perbuatan baik yang telah kamu lakukan, bukanlah akhlak seorang mukmin berjuang untuk diingati, berjuang untuk dilihat dan berjuanglah dengan hati yang 'kuat' dan bukannya lemah dan mudah tewas.

Terakhir buat pelajar INSANIAH, bersiap-sedialah untuk berhijrah ke arah sebuah transformasi. Islam itu tinggi dan susah untuk dicapai, maka berusahalah untuk menggapainya, akhir kata

''Islam sedang bangkit, maka hanya pilihanMu untuk ikut bersama ataupun tidak. Sekiranya engkau mengikutinya, ketahuilah Islam itu tidak memerlukanMu kerana ianya sentiasa tinggi dan mulia. Sekiranya pula engkau tidak mengikutinya, ketahuilah ia tetap tidak memerlukanMu kerna hanya engkau yang memerlukanNya.''

Wabillah attaufiq Walhidayah wasslamulaikum.

Selamat datang dan salam perjuangan!

0

Posted on : 11:05 PM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN




SELAMAT DATANG DAN SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PELAJAR INSANIAH, MOGA SEMESTER BARU KALI INI MENJANJIKAN 1001 KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN. TERUSKAN JIHAD ILMU DEMI MEMBINA DUNIA ISLAM YANG BARU.

SALAM IKHLAS BIRO AKADEMIK,
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 09/10.

Bermulalah Semester Baru...

0

Posted on : 8:01 AM | By : BIRO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.


Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi diberikan peluang untuk merasai dua nikmat utama iaitu Iman dan Islam. Walaupun kita sudah bercuti selama 2 bulan setengah,namun perlulah kita muhasabah diri, melihat apa yang telah kita lakukan, apakah kekuatan dan kelemahan kita agar setiap kekuatan akan kita gembeling untuk memacu tindakan seterusnya di samping mengatasi sebarang kelemahan yang ada. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.

Terlebih dahulu ucapan Selamat Datang kami ucapkan kepada seluruh warga Kolej Universiti INSANIAH,semoga ketibaan kita di KUIN akan membuka satu lembaran baru bagi diri kita sebagai seorang mahasiswa/i dan muslim.

Sesi kemasukan bagi pelajar baru untuk tahun 2009/2010 telahpun bermula. Tahniah kepada semua pelajar baru yang berjaya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti INSANIAH. Kepada pelajar senior, selamat kembali ke kampus dan selamat meneruskan pengajian. Kepada para pensyarah, selamat meneruskan agenda mendidik para mahasiswa agar menjadi insan terdidik dan cemerlang. Setiap kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang paling berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti pokok kurma, semua apa yang ada padanya dapat dimanfaatkan”.

(H.R. Bazzar)


Hadith ini memberikan satu garis panduan yang amat penting bagi kita agar sentiasa memastikan diri menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang di sekeliling kita. Tidak mengira sama ada sebagai mahasiswa, pensyarah mahupun pentadbir.


Dalam keghairahan kita untuk menyambut semester dan tahun baru yang sudah menjelang tiba,janganlah kita lupa bahawa kepentingan kita sebagai mahasiswa/i yang menjadi harapan ibu dan ayah. Di samping itu,dalam kita bergembira dan berhibur janganlah kita leka dan alpa tentang tanggungjawab kita sebagai penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah:

"Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kerana menyuruh melakukan perkara makruf (baik) dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah."

(surah Ali-Imran:110)

Sahabat –sahabat yang dihormati sekalian,

Walaupun kita sudah lama bergelar mahasiswa/i , seperti kebiasaanya,apabila tiba semester atau tahun baru pengajian, maka kita akan memasang atau memperbaharui niat. Kalau niat kita baik insyaallah kita mampu menjadi mahasiswa/i yang baik begitu juga sebaliknya. Dalam buku hadith 40 karangan Imam Nawawi, beliau meletakkan hadith tentang niat sebagai hadith yang pertama.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab R.A berkata,aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal yang sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya.Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hjrahnya itu menuju yang ia ingini”.
(Bukhari dan Muslim)

Semoga kita mendapat keredhaan Allah atas kerja baik kita dan dapat mengharungi cabaran dengan sabar dan tabah.Akhir kata dari kami dari Biro Akademik MPM 09/10, sempena menyambut semester dan tahun baru ini semoga kita dapat menjadi insan yang lebih cemerlang daripada sebelumnya. Di samping itu,dapat kita mempertingkat ketaqwaan kita kepada Allah dan memainkan peranan sebagai pemuda-pemudi islam yang akan menjadi peneraju kepada islam dan Negara tercinta.

Wallahu'alam... Wassalam...